MALAYSIAKINI
Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluh isu menaiktaraf badan Parlimen
Malaysia masih tidak dilaksanakan sejak beliau memegang jawatan itu
tujuh tahun lalu.
"Semua perkara ini adalah tekad saya sejak saya dilantik sebagai Speaker
Dewan Rakyat pada 2008. Jika selepas tujuh tahun, saya tidak boleh
lakukan, baik saya tinggalkan jawatan ini," katanya kepada wartawan di
kediaman rasminya di Kuala Lumpur hari ini.
Antara transformasi yang beliau mahukan ialah memansuhkan jawatan
menteri hal ehwan Parlimen, yang kini dipegang Tan Sri Shahidan Kassim.
Menurut beliau transformasi itu akan membantu memulihkan persepsi awam terhadap kebebasan seorang Speaker Dewan Rakyat.
"Untuk menghilangkan persepsi rakyat bahawa institusi Parlimen dan
Speaker bertugas atas arahan pihak kerajaan sebagai Badan Eksekutif
bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa, makanya jawatan
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen ditiadakan," kata beliau.
Pandikar turut menyatakan luahan beliau kepada bekas perdana menteri Tun
Mahathir Mohamad mengenai keadaan perabot pejabatnya bukanlah perkara
remeh, sebaliknya berkaitan prinsip perjuangan beliau untuk
memartabatkan institusi Parlimen.
Beliau menyatakan kemudahan dan pejabat Parlimen itu perlu dinaiktaraf
kerana statusnya yang menjadi tempat 222 pemimpin terbaik dari kalangan
rakyat yang menerajui sistem negara.
"Kalau eksekutif ada Putrajaya, dan kehakiman ada Istana Kehakiman, mengapa Parlimen tidak (sedarjat)," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan