PM Najib boleh
jerit sana sini. Dia boleh upah MP
Kalabakan himpun orang ramai. Beri t shirt, topi, duit dan sediakan makanan. Karipap
mungkin RM3 satu. Orang pun ramai datang.
Najib pun suka
dan gembira. Rakyat masih sayangkan aku. Mungkin juga ada placards we love PM.
Tapi Najib dan
saya tahu bahawa jika Dr Mahathir
memulakan sesuatu dia akan usaha sampai
ke penghujung. Jika dia kata dia nak tumbangkan Najib , bersedialah kita -dia
akan usahakan langkah2 sehingga Najib jatuh.
Walaupun umur 90
tahun, bila ada perlawanan, Dr Mahathir ada anjakan adrenalin. Otak nya kembali
muda. Langkah nya akan jadi mantap. Silatnya akan jadi tangkas.
Najib bersilat,
dr Mahathir kalari payat. Bugis lawan
Malabar.
Jika Najib
sokong Dr Mahathir dan kerana sokongan itu, Dr Mahathir jadi PM selama 22
tahun, perkara serupa boleh diaplikasi keatas Najib. Kerana sokongan itu Najib
dapat tempat dalam UMNO sehingga jadi PM. Orang UMNO tahu berapa kali Najib hampir
digugurkan tapi selamat kerana Dr Mahathir berlembut.
Dan Dr Mahathir
tahu kenapa Najib ubah sokongan pada saat akhir kepada nya.
Sama ada Najib
Tun Razak kurang ajar atau dr Mahathir tak ada rasa malu, kita bebas menterjemahkan
nya. Di Tawau, PM Najib suruh Dr Mahathir jangan buat bising lah. Mereka,
termasuk Najib telah menyokong dia dari tahun 1987. Dr Mahathir kena sokong
pula. Kalau tak sokong diam sahaja ba.
Tapi kerana
sokonga itu jua, Najib terus jadi menteri semenjak 1987, dinaikkan pangkat
sebahagian besar nya bawah perlindungan Mahathir dan jdi TPM dan PM atas
desakan Mahatir juga.
Budi siapa
kepada siapa yang lebh besar?
Tidak kiralah
sama ada orang yang berhimpun itu disewa atau tidak atau di punggah dengan
segala kenderaan supaya memenuhkan ruang. Najib suka ada pesta dan orang ramai
kerana ianya memebri ilusi sokonan terhadapnya kuat. Orang bangsawan suka jika ada rongeng2 sikit,
nyanyi2 sikit, gedik2 sikit.
Dr Mahathir yang
sudah 90 tahun macam tak reti Bahasa- PM suruh diam dan sokong, dia masih hentam.
Kita menunggu DR Mahathir keluarkan kenyataan megapa Najib menyokong nya disaat
akhir.
Umum tahu bahawa
Najib ketika itu, sampai ke saat akhir menyokong Tengku Razaleigh. Mesti ada
rahsia besar yang Dr Mahathir ada keatas Najib yag menyebabkan Najib menyokong
DR Mahathir. Kita tunggu juga jawapan Dr Mahathir.
Seperti orang
lain, saya baca tulisan Dr Mahathir yang mutakhir. Perenggan yang meminatkan
saya ialah:
Saya tidak dapat terima negara diperintah
oleh Pakatan. Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara
satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa
ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan
sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama
dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan
hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.
Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara
akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan
menderita.
Dasar parti
mungkin bertentangan satu sama lain- tapi keinginan untuk melihat Malaysia
sebagai sebuah negara demokratik, dipimpin oeh kerajaan yang jujur dan boleh
dipercayai, berdiri atas prinsip perintah ikut undang adalah impian bersama.
Dibawah umno,
mereka perintah ikut selera PM. Seperti yang Dr Mahathir sendiri sebut- pengadu
yang melapurkan mengenai jho Low dirampas rumah dan diistihar muflis, pemberita ditangkap, ugutan sana
sini.
Kedaaan tidak
akan lebih huru hara seperti yang berlaku sekarang. Kita sudah sampai ke bontot
tong, tidak ada arah lain melainkan keatas.
Di negeri yang
diperintah oleh DAP, PKR dan PAS keadaan lebih teratur dari pemerintahan Malaysia
dibawah AhJib Gor.
Dr Mahathir
tidak sebut perkara yang terpenting. UMNO tumbang dan akan tewas kerana parti
itu gagal mengundang believability. It
is failing because it no longer enjoys believability.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan