MALAYSIAKINI
Kumpulan enam bank mahukan pembayaran awal untuk pinjaman AS$975 juta
(RM3.6 bilion) kepada syarikat pelaburan negara 1MDB, lapor Business Times Singapura.
Pinjaman konsortium diterajui Deutsche Bank harus dibayar pada September
tetapi ia nampaknya bimbang terhadap status kewangan firma cetusan
ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Laporan itu menyebut, bank-bank itu memberi pinjaman selepas 1MDB
menawarkan AS$1.103 bilion sebagai cagaran melalui sahan Brazen Sky
Limited dalam BSI Singapura.
Cagaran itu sebahagian daripada dana 1MDB yang sebelum ini disimpan di Kepulauan Cayman.
Bagaimanapun, bank pemberi hutang itu kini dikatakan percaya
pensekuritian dokumen pinjaman tidak lengkap dan justeru menuntut
bayaran segera.
"Apa yang ditafsirkan sebagai pinjaman bercagar ketat itu kini membuat
bank-bank gementar, memandangkan kontroversi yang berlaku," lapor Business Times yang memetik sumber
Ia menyebut perkara itu timbul susukan persoalan sama ada wang yang disimpan 1MDB di Singapura itu benar-benar wujud.
Laman pembocor maklumat Sarawak Report bulan lalu mendedahkan dokumen didakwa bocor yang menyebut 1MDB menyerahkan dokumen bank palsu berkaitan Brazen Sky Limited.
Business Times melaporkan bahawa 1MDB dan bank-bak itu kini sedang berbincang.
Semalam, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli memberi amaran bahawa 1MDB
mungkin berdepan masalah pada September apabila hutangnya RM3.6 juta
perlu dibayar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan