Roketkini.com
Drama keliru dan mengelirukan bersambung lagi.
Kali ini ia melibatkan agensi kerajaan pula. Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam Datuk Seri Najib Razak sebagai “berbohong” Kementerian Kewangan tampil mendakwa jawapan bertulis mengenai 1MDB di parlimen “dipinda” untuk “mengelak kekeliruan”.
Latar kepada isu ini (secara mudah) ialah begini:
· 1MDB menyimpan wang di Kepulauan Cayman
· Selepas dikritik, 1MDB dilaporkan membawa pulang wang itu ke Singapura
· Najib kemudian menjelaskan simpanan di sebuah bank di Singapura bukan dalam bentuk tunai tetapi “aset dalam dolar AS”
· Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pula menyatakan simpanan itu dalam bentuk “unit” yang tidak dijelaskan maksudnya
Ketika kekeliruan sedia ada pun belum dapat dirungkai, kerajaan tampil dengan mengemukakan jawapan lain yang menambah kekaburan.
Semalam Kementerian Kewangan mengaku meminda jawapan mengenai 1MDB sehingga fakta diberi dilihat menyanggah keterangan diberi Najib sebelum ini.
Isunya ialah: Siapa yang bercakap bohong.
Kedua, adakah mungkin bakal wujud mana-mana pihak akan menjadi kambing hitam demi menyelamatkan seorang perdana menteri yang memang kini teramat sukar untuk diselamatkan? – Roketkini.com
1 ulasan:
http://myfunnyvideo.org/
Recommended Youtube Video For You!
Tarian Giler
* Siapa tak ketawa memang tak normal
*
Pembaca Berita Terlampau
* Cuba Jgn Gelak
Catat Ulasan