Siti Nurhaliza tidak terkecuali meluahkan perasaan terhadap pembelian tanah 1MDB oleh Tabbung Haji.
PETALING JAYA : Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyifatkan isu pembelian tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai memalukan.
Luahan itu dimuat naik di laman Twitternya dan turut dikongsi ramai pengikutnya.
“Ya Allah lindungi kami ..” tulisnya ringkas.
Ia dimuat naiknya selepas tengah hari Sabtu.
Status Siti di laman sosial sebelum ini menarik perhatian ramai apabila dia secara terbuka menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jelasnya, bekas Perdana Menteri Keempat itu tidak pernah sendirian ketika ekoran kritikan dan teguran lantangnya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Love u Tun & sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran &dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi.
“Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua .. #sayaanakMalaysia #sebak,” katanya dalam status Instagramnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan