Pandikar Amin dalam satu kenyataan media
menafikan dakwaan Dr Mahathir bahawa beliau meletak jawatan sebagai
Speaker Dewan Rakyat.
PETALING JAYA: Reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad akan terjejas sekiranya dakwaan beliau bahawa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletak jawatan, tidak benar.
Dalam tulisan di entri blognya, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin atau Zam berkata, kenyataan yang dibuat bekas Perdana Menteri itu dalam program Bicara Negara di Ipoh pada Sabtu menimbulkan tanda tanya.
Jelasnya, seorang rakan menelefonnya dan bertanyakan mengapa Pandikar memberitahu mantan Perdana Perdana (peletakan jawatan seperti didakwa Dr Mahathir) dan tidak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Seorang kawan segera menalipon saya dan bertanya mengapa dia memberitahu mantan Perdana Tun Mahathir dan tidak memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib?,” tulis Zam.
Dr Mahathir dalam program itu mendakwa, Pandikar telah umumkan meletak jawatan dan Timbalan Speaker mengambil alih sebagai Pengerusi Dewan Rakyat.
“Speaker sudah berhenti. Dia datang jumpa saya dia kata dia hendak berhenti. Dia tak mahu dah. Sekarang yang jadi pengerusi dewan, dia punya timbalan,” Dr Mahathir dilaporkan berkata.
Beberapa jam selepas berita itu tersebar, Pandikar Amin dalam satu kenyataan media menafikan dakwaan Dr Mahathir dan menegaskan beliau akan hadir pada sidang Dewan Parlimen pada Isnin ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan