MALAYSIAKINI
Seorang pemilik restoran dan seorang pelanggan diculik oleh lelaki
bersenjata yang menyerbu restoran tepi pantai itu di Sandakan pada
kira-kira jam 8 malam ini.
Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar berkata, polis sedang menyiasat perkara itu.
"Polis sedang menyiasat tetapi tidak menolak kemungkinan militan yang terlibat," katanya kepada Malaysiakini.
Pihak berkuasa melancarkan gerakan memburu dan mengetatkan kawalan di perairan sekitarnya.
Menurut The Star Online, lelaki bersenjata itu yang dipercayai mempunyai
kaitan dengan kumpulan militan Abu Sayyaf, membawa rifel automatik dan
dengan peluru diikat di badannya manakala seorang lagi membawa pistol,
ketika mereka menyerbu restoran itu sekitar jam 8 malam.
Kejadian selama seminit itu menyebabkan para pelanggan bertempiaran
lari, pemilik restoran Chung Yan Tsim dipetik sebagai berkata.
"Mereka melarikan diri dalam bot. Tak pakai topeng dan tak ada tembakan," kata Chung.
Pengurus restoran yang diculik dalam kejadian itu adalah ipar Chung.
Julai lalu, lelaki bersenjata membunuh anggota polis dan menculik
seorang wanita dari pusat peranginan Mabul, juga di timur Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan