TUMPAT - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari waris kepada
seorang warga emas yang ditemui merayau tanpa hala tuju di sekitar
daerah ini.
Penolong Pegawai JKM Tumpat, Bahagian Pembangunan Warga Emas dan OKU, Mazilah Othman berkata, ada orang awam menghantar warga emas terbabit ke Balai Polis Chabang Empat selepas menemuinya merayau.
Menurutnya, tiada pengenalan diri padanya dan selepas soal siasat mendapati warga emas ini seorang yang nyanyuk.
“Dia bertutur dalam loghat Kelantan, perbualan dengannya kejap mengatakan tinggal di Kok Lanas, di Pasir Maslah dan juga di Tanah Merah,” katanya.
Mazilah berkata, buat sementara waktu warga emas itu ditempatkan di wad Hospital Tumpat dan pihak JKM berusaha menjejaki keluarganya.
“Pihak JKM juga sudah mengesan alamat kediamannya melalui proses cap jari di Jabatan pendaftaran Negara (JPN), tetapi ia mengambil sedikit masa.
“Waris atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai warga emas ini diminta menghubungi pejabat JKM Tumpat di talian 09-7257295,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan