ASEAN tidak perlu menanggung beban dengan
menerima kebanjiran pelarian Rohingya ke negara masing-masing walaupun
Myanmar juga merupakan salah sebuah negara anggota.
SHAH ALAM: Malaysia mempersoalkan tanggungjawab dan nilai kemanusian kerajaan Myanmar dalam menangani isu pelarian Rohingya.
Perkara itu dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tegas beliau, ASEAN tidak perlu menanggung beban dengan menerima kebanjiran pelarian Rohingya ke negara masing-masing walaupun Myanmar juga merupakan salah sebuah negara anggota.
“Apakah mereka (Myanmar) tidak ada perikemanusiaan untuk menyelesaikan perkara ini secara dalaman sehingga beban itu terpaksa ditanggung oleh negara-negara ASEAN yang berjiran dengan Myanmar? Ini perkara yang tidak boleh dipandang ringan,” katanya.
Menurut Muhyiddin, kebanjiran pelarian berkenaan ke negara jiran, terutama Malaysia telah memberi kesan tidak baik.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran Projek Golf Tunas Bestari di Kelab Golf Glenmarie di Shah Alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan