Menurut Najib, Dr Mahathir kekal sebagai
Perdana Menteri selama 22 tahun disebab oleh perlembagaan parti yang
menentukan bukan secara pemilihan telus dan demokratik.
KLANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau akan menggunakan cara sama yang pernah digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mempertahankan jawatan sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dulu.
Katanya, tokoh itu tidak berganjak walaupun sokongan yang diterimanya dalam pemilihan UMNO pada 1987 tidak banyak sehingga hampir tewas.
“Masih ingatkah pada 1987 di mana Dr Mahathir dicabar bagi jawatan presiden UMNO? pada waktu itu beliau menang tipis, tetapi masih terus memimpin.
“Hampir 50 peratus tolak kepimpinan beliau, Jadi apa maknanya itu? Saya juga amalkan perkara yang sama,” katanya pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Kelab Eksekutif Klang pada Sabtu.
Dakwa Najib lagi, Dr Mahathir kekal sebagi Perdana Menteri selama 22 tahun disebabkan perlembagaan parti yang menentukan, bukan secara pemilihan yang telus dan demokratik.
“Perlembagaan parti meminta sebanyak 63 pencalonan dari bahagian untuk bertanding presiden parti. Harus diingatkan bahawa jika jadi Presiden UMNO secara automatik akan jadi Perdana Menteri.
“Tetapi saya cuba mengubah UMNO supaya menjadi lebih demokratik dan telus. kita telah pinda perlembagaan parti bagi jawatan Presiden UMNO. Saya ambil risiko besar, tetapi saya menang tanpa bertanding dalam pemilihan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan