KLANG - “Saya Ikut jejak langkah Tun Mahathir” demikian kata Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu pendirian untuk kekal
sebagai presiden Umno dan perdana Menteri.
Berucap di hadapan kira-kira 1,500 orang ahli Umno, Najib berkata bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut berhadapan cabaran
sewaktu memimpin negara.
“Masih ingatkah pada 1987 di mana Dr Mahathir dicabar bagi jawatan
presiden Umno?... pada waktu itu beliau menang tipis, tetapi masih terus
memimpin.
“Hampir 50 peratus tolak kepimpinan beliau, Jadi apa maknanya itu? Saya
juga amalkan perkara yang sama,” katanya pada Majlis Sepetang Bersama
Perdana Menteri di Kelab Eksekutif Klang, semalam.
Dr Mahathir mampu menjadi perdana menteri selama 22 tahun disebabkan
oleh perlembagaan parti yang meletakkan syarat bagi mencabar jawatan
presiden.
“Perlembagaan parti meminta sebanyak 63 pencalonan dari bahagian untuk
bertanding presiden parti. Harus diingatkan bahawa jika jadi presiden
Umno secara automatik akan jadi perdana menteri.
“Tetapi saya cuba mengubah Umno supaya menjadi lebih demokratik dan
telus. kita telah pinda perlembagaan parti bagi jawatan presiden Umno.
Saya ambil risiko besar, tetapi saya menang tanpa bertanding dalam
pemilihan,” katanya.
Najib turut menyatakan beliau masih menerima sokongan daripada rakyat dan parti untuk terus memimpin negara.
“Kenapa saya perlu turun sedangkan saya menerima sokongan padu.Tidak
ada mana-mana pihak boleh menentukan kepimpinan negara melainkan rakyat
dan parti,” katanya.
Sepanjang ucapan, Najib menerima tepukan gemuruh serta sorakan semangat ‘hidup Najib, hidup Umno’.
Menurutnya, kewujudan media sosial merupakan satu cabaran besar bagi kepimpinannya.
“Kalau zaman Dr Mahathir ada media sosial, saya rasa keadaan bertambah teruk,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan