Biodata Datuk Abdul Azeez Rahim Pengerusi Tabung Haji (RM55 Bilion)
Ada Ijazah Universiti Preston USA? Bekas Hakim Nasihat Azeez! Datuk
Abdul Azeez Abdul Rahim satu figura yang cukup popular pada ketika ini,
apabila GLC yang dibawah kuasanya menjadi GLC permainan 1MDB apabila
baru-baru ini, Tabung Haji telah beli harga berpuluh kali ganda daripada
harga tanah yang 1MDB daripada kerajaan sebelum ini melalui proses yang
cukup cepat dan mudah. Noktah!
LAGI BERITA INI : Had Keluar KWSP Umur 60 Tahun : EPF Risau Cara Belanja Duit Wang Persaraan Pencarum atau Sayang Lepaskan Duit Orang Ramai?
Sebenarnya Berita Semasa sama sekali,
tidak sangka sehingga ke hari ini daripada ramai tokoh bijak pandai yang
berpangalaman yang ada di Malaysia, Datuk Abdul Azeez Rahim boleh
dipilih menjadi Pengerusi Tabung Haji iaitu sebuah GLC yang cukup gah
dan besar bagi menguruskan dana sebesar RM55 bilion Tabung Haji. Apa
pengalaman yang beliau ada?
LAGI BERITA INI : Had Keluar KWSP Umur 60 Tahun : EPF Risau Cara Belanja Duit Wang Persaraan Pencarum atau Sayang Lepaskan Duit Orang Ramai?
Berdasarkah sejarah Tabung Haji, Datuk
Abdul Azeez Rahim menjadi Pengerusi Tabung Haji sejak Ogos 2007. Mengapa
mesti orang politik jaga tabung orang Islam ini iaitu Tabung Haji?
Kepada Datuk Seri Najib, mengapa dan kenapa Datuk Abdul Azeez Rahim ini
dilantik?
Sebelum ini, Datuk Abdul Azeez Rahim
pernah terkait dengan kontroversi dengan isu memiliki ijazah yang
meragukan kononnya dari University Preston (Butiran laporan berita boleh
anda semak seperti gambar di bawah ini.
Biodata Datuk Azeez Rahim Pengerusi Tabung Haji
- Nama Penuh : Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
- Tarikh lahir : l19 November 1966
- Kelayakan Akademik : Sijil Pelajaran malaysia (SPM)
- Kelayakan pengajian tinggi : Berita Semasa sehingga ke hari ini tidak berjaya mengesan kelayakan pengajian tinggi yang diiktiraf yang diterimanya
- Jawatan Politik : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, ketua UMNO Bahagian Baling dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Charok Sikin, Kupang, Baling, Kedah
- Nama Isteri : Datin Khadijah
- Anak-anak: Mohd Khairul Anuar, Mohd Khairul Azman, Khalida Azwa dan Khalida Azeera)
- Bahasa : Fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan cakap Tamil
- Jawatan : Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibubapa Nasional Negeri Kedah(Mapin), Pengerusi Jawatankuasa Masjid-masjid, seluruh Parlimen Baling, Kedah Darul Aman. Penaung Jawatankuasa peningkatan prestasi UPSR di seluruh sekolah rendah, Parlimen Baling, Kedah Darul Aman. Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) Sek Keb Sri Subang, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Ahli Kelab Rotary Goldwing. Pengerusi Koperasi Pembangunan Daerah Baling. Pengerusi Eksekutif Sekretariat Perunding Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)
P/S : Tabung Haji merupakan tabung
amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyimpan (orang Islam) untuk
diuruskan dengan lebih baik.
PP/S : Janganlah perjudikan nasib Tabung
Haji dengan meletakkan kalangan yang tidak layak untuk menjaganya.
Pengerusi tabung Haji yang pertama dahulu, ayah kepada Tan Sri Zeti
(Gabaenor Bank negara), iaitu Prof Diraja Ungku Aziz telah letakkan
‘benchmark’ yang agak tinggi untuk menerajui Tabung Haji.
Persoalanya
mengapa tetap Datuk Abdul Azeez Rahim dipilih Datuk Seri Najib Razak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan