Khamis, 14 Mei 2015

Putrajaya tipu rakyat mengenai GST prabayar, kata DAP

THE MALAYSIAN INSIDER


 Pengumuman Menteri  Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam tidak berbeza dengan pengumuman sebelum ini iaitu pengguna tetap akan membayar cukai atas pembelian isian semula prabayar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mei, 2015. Pengumuman Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam tidak berbeza dengan pengumuman sebelum ini iaitu pengguna tetap akan membayar cukai atas pembelian isian semula prabayar. – Gambar fail The Malaysian Insider. 



 Putrajaya menipu rakyat apabila mengumumkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% ke atas perkhidmatan telefon prabayar akan dikenakan berdasarkan penggunaan, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Pua berkata pengumuman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam tidak berbeza dengan pengumuman sebelum ini iaitu pengguna tetap akan membayar cukai atas pembelian isian semula prabayar.

"Pengumuman tersebut sangat menipu kerana pengguna tidak lagi menerima masa bercakap selama RM10 untuk setiap pembelian sebanyak RM10.


"Sebaliknya, mereka hanya menerima RM9.43 sen nilai perkhidmatan untuk setiap RM10 yang dibayar. "Ia tiada bezanya dengan kenaikan harga kontroversi prabayar mudah alih oleh syarikat telekomunikasi pada 1 April apabila pengguna terpaksa membayar RM10.60 untuk masa bercakap sebanyak RM10," kata Pua dalam satu kenyataan.

Menurut Pua, syarikat telekomunikasi (telco) sebelum ini menyediakan masa berbual sebanyak RM10 dengan setiap pembelian isian semula sebanyak RM10, dengan menyerap cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Namun kini, tindakan mengenakan GST ke atas penggunaan bererti telco ini sebenarnya menaikkan harga isian semula dengan memberikan masa berbual sebanyak RM9.43 sahaja bagi setiap isian semula sebanyak RM10.

"Dengan menggunakan peralihan daripada cukai perkhidmatan 6% kepada GST 6% sebagai silap mata, menteri sebenarnya bersubahat dengan syarikat telekomunikasi dalam kenaikan seragam sebanyak 6%," kata Pua lagi.

Perkara ini, kata Pua, menyalahi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, apabila telco sebenarnya mengambil kesempatan menaikkan harga mereka sempena GST.

Menurutnya, dengan kenaikan harga ini, telco yang mengaut pulangan lebih RM12.8 bilion tahun lepas dijangka akan menambah pulangan mereka lagi.

"Kenapa kerajaan BN membantu syarikat yang untung besar ini untuk mengaut untung tambahan sebanyak RM770 juta?" tanya Pua lagi.

Di samping itu, ia juga menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kenaikan itu dibuat serentak dan bersifat anti-persaingan, kata Pua.

Kabinet semalam bersetuju kadar GST ke atas perkhidmatan prabayar telefon dikenakan berdasarkan penggunaan.

Shabery juga mengumumkan kadar nilai kad prabayar telefon ditetapkan pada harga RM10 dengan pengguna masih mendapat nilai yang sama.

Katanya, pelaksanaan GST berdasarkan penggunaan akan berkuat kuasa sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan lagi, dan buat masa ini penggunaan akan dikenakan caj seperti biasa

Tiada ulasan: