Isnin, 18 Mei 2015

Bawa Mercedes pergi curi kasut di masjid

Bawa Mercedes pergi curi kasut di masjid Kasut-kasut yang dicuri suspek.
 
 
KUALA LUMPUR – Seorang pekerja teknologi maklumat (IT) di sebuah syarikat swasta diberkas pengawal keselamatan di Masjid Wilayah, Jalan Duta, ketika lelaki terbabit leka mencuri kasut,  Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihaknya menjumpai 13 pasang kasut yang dicuri di dalam bonet kereta mewah jenis Mercedes yang dinaiki lelaki berkenaan.

“Suspek yang berusia 38 tahun itu memberi alasan kesemua kasut berjenama itu miliknya, hasil siasatan lanjut mendapati saiz kasut tersebut berbeza dengan kasut milik mangsa.

“Kita percaya kesemua kasut itu dicuri dalam tempoh sehari. Kereta yang dinaiki suspek itu millik rakan serumahnya,” katanya.

Munusamy berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu.

“Kita meminta orang awam yang menjadi mangsa supaya tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Tiada ulasan: