Jumaat, 22 Mei 2015

Anita Sarawak hilang atau menghilang?

MALAYSIAKINI


 


Bukan sahaja lama menyepi di persada hiburan, penyanyi terkenal Anita Sarawak juga dilapor sudah lama tidak dapat dikesan oleh anggota keluarganya.

Keluarga penghibur dianggap diva itu dilapor kali terakhir berhubung dengan Anita Sarawak kira-kira dua bulan lalu, lapor The New Paper.

Adik tirinya, Noor Kumalasari Mohd Taib berkata Anita Sarawak, 63, sejam Mac lalu tidak menghubunginya atau lima lagi adik beradik mereka.



Yahoo Singapore @YahooSG
 
Anita missing for two months now, says half-sister. http://yhoo.it/1El7TQV 
 
Akhbar Singapura itu melaporkan bahawa Noor Kumalasari yang menyambut kelahiran ke- 59 menyedari kehilangan Anita apabila tidak menerima ucapan selamat seperti tahun-tahun sebelum ini.

“Saya akui bimbang tetapi saya berharap dan berdoa agar dia berada dalam keadaan sihat dan baik. Mungkin dia sibuk melancong atau menguruskan perkara lain.

“Itu 40 peratus yang saya rasakan. (Selebihnya) 60 peratus lagi jujur saya katakan ada terdetik perasaan mungkin dia sedang sakit kerana ini kali pertama kami tidak bercakap dalam masa yang begitu lama,” Noor Kumalasari dilaporkan sebagai berkata.

Bercerai? Tak betul

The New Paper juga melaporkan kawan baik penyanyi kelahiran Singapura itu juga gagal menemui Anita Sarawak ketika mengunjungi kediamannya di Amerika Syarikat.

Anita atau nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib menyepi daripada dunia seni tempatan sejak 2013 sebelum dikatakan membawa diri ke Las Vegas dan bertudung.

Anak kelahiran Kota Singa itu didakwa bercerai dengan suaminya Mohamad Mahathir Abdullah.

"Daripada pengetahuan saya, khabar angin itu tak betul. Atas sebab itulah saya menghubunginya untuk dia perjelaskan perkara sebenar.

"Nak kata dia takut saya bertanyakan hal itu, semuanya dilihat mustahil. Kami adik beradik sangat rapat dan saling menasihati antara satu sama lain,” kata Noor Kumalasari lagi.

Anita Sarawak sebelum ini terkenal dengan lagu “Bercanda di Pasiran Pantai” hasil duet dengan Sudirman.

Beliau juga anak pasangan biduanita filem Melayu klasik Siput Sarawak dan S Roomai Noor.

Anita Sarawak sebelum ini terkenal apabila aktif membuat persembahan di Las Vegas, Amerika Syarikat antara 1985 hingga 2001 sebelum kembali ke Singapura. 


Tiada ulasan: