Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang
KUALA SELANGOR - Ketua Ulama Pas Selangor, Mohd Zain Abd Rahman
berpendapat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajar terus
memimpin parti itu selepas pemilihan pada Muktamar Pas ke-61, bulan
depan.
Menurutnya, meskipun, Ahmad Awang layak bertanding bagi merebut
jawatan nombor satu parti itu, namun dari segi perbezaan usia jelas
menunjukkan bekas Naib Presiden Pas itu terlalu tua.
"(Yakin Abdul Hadi menang) Sudah semestinya. Sebab Presiden (Abdul Hadi) pun lagi muda daripada yang seorang (Ahmad) itu.
"Takkan nak pilih orang tua. Kalau nak cari suami pun, nak suami muda.
Betul tak?," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui pada Muktamar
Tahunan Ulama Pas Selangor ke-27, hari ini.
Ahmad, 79, mengesahkan bakal menentang Abdul Hadi, 68 dalam Muktamar
Pas ke-61 awal bulan depan bagi merebut jawatan Presiden Pas.
Mengulas soal pertandingan yang pertama kali berlaku bagi jawatan
Presiden Pas itu, Mohd Zain berkata, Ahmad mungkin merasakan dirinya
layak untuk bertanding hingga beliau membuat keputusan untuk menerima
pencalonan tersebut.
"Perlembagaan menyebut, siapa sahaja layak bertanding, maka dia boleh
bertanding. Jadi, mungkin dia (Ahmad) fikir dia layak bertanding, maka
dia bertandinglah.
"Soal menang kalah itu persoalan nombor dua. Perlembagaan kata, cukup pencalonan, dia boleh bertanding," katanya.
Namun, beliau percaya Pas kawasan yang mencalonkan Abdul Hadi sebelum
ini akan tetap memilih pemimpin itu dalam Muktamar Pas nanti.
"Dari sudut berapa pencalonan yang dia (Ahmad) dapat dan berapa
pencalonan yang Presiden dapat. Biasanya, perwakilan ini mencalonkan
Presiden, maka calon yang dicadangkan kawasan itu mereka akan pilih
(dalam pemilihan) nanti.
“Kalau bandingkan dua (calon) ini, tengok pada majoriti...itu sahaja.
Dewan Ulama (Selangor) memang menyokong kepimpinan ulama khasnya
Presiden (Abdul Hadi)," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan