MALAYSIAKINI
Pemimpin veteran PAS Datuk Ahmad Awang akan memutuskan esok sama ada
beliau akan bertanding bagi jawatan tertinggi dalam pemilihan kepimpinan
parti itu bulan depan.
"Esok adalah hari terakhir, di mana saya perlu beri jawapan sama ada saya bertanding atau tidak.
"Oleh itu, kita tunggu esok di ibu pejabat PAS. Hanya selepas itu saya
boleh beri jawapan saya, sama ada ya atau tidak," kata Ahmad kepada
Malaysiakini.
Semalam, Ahmad berkata, beliau tidak mengetahui jumlah pencalonan yang
telah diterimanya setakat ini dari kawasan dan masih menunggu surat
rasmi mengenai perkara itu dari jawatankuasa muktamar.
"Saya hubungi mereka dan mereka kata surat akan dihantar kepada saya petang ini," katanya semalam.
Mengenai peluangnya dalam pemilihan tersebut, Ahmad (kiri) berkata
pendekatan beliau ialah dengan memberi penjelasan mengenai isu-isu
semasa.
"Sesiapa yang panggil, saya akan pergi. Beberapa hari lepas saya di Sabah.
"Kita turun padang untuk menjelaskan kenapa terjadi PAS sekarang ini dan macam mana kita bersama-sama selesaikan masalah ini.
"Di situlah, kalau tengok lah, dapat respons yang baik. Insya-Allah kita tengok lah," katanya.
Ahmad berkata dalam pemilihan ada dua keputusannya - yang menang dan yang kalah.
"Kalau saya menang, Alhamdulillah. Kalau kalah tak ada masalah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan