MALAYSIAKINI
Adik kepada perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak berkata beliau tidak
dapat menerima keputusan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk tidak
hadir ke siasatan parlimen berhubung masalah firma itu.
Pengerusi kumpulan perbankan CIMB itu berkata, bekas ketua pegawai
operasi 1MDB, Datuk Shahrul Halmi dan penggantinya, Arul Kanda
sepatutnya hadir untuk siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
kerana firma tersebut “mencetus krisis nasional”.
“Syarikat anda mencetuskan krisis nasional dan anda boleh pula terlalu
sibuk untuk menghadapi (siasatan) parlimen? Ini tidak boleh diterima,”
kata Nazir.
Adik kepada Datuk Seri Najib Razak itu memuatkan tulisan itu melalui akaun Instagram.
Beliau pada April lalu turut mengecam 1MDB kerana tidak hadir ke
persidangan Invest Malaysia untuk menjelaskan isu yang menghurung firma
tersebut.
1MDB dalam kenyataan semalam menjelaskan tarikh yang ditetapkan untuk
memberi keterangan di PAC itu bertembung dengan satu temujanji di luar
negara.
Firma itu juga menyatakan bahawa Arul Kanda, Shahrol Halmi dan anggota
lembaga pengarahnya akan memberi kerjaasama dan hadir ke siasatan PAC.
"Tarikh ini sedang diputuskan kerana tarikh yang dicadangkan sebelum ini
bertembung dengan tarikh yang dijadualkan untuk komitmen di luar
negara.
"Arul Kanda dan Datuk Shahrol Halmi menanti-nanti peluang untuk hadir ke
siasatan jawatankuasa ini dan menjelaskan kedudukan 1MDB," kenyataan
itu dipetik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan