MALAYSIAKINI
Beliau wira bagi sesetengah orang tetapi pesalah bagi pihak yang lain.
Mejar Zaidi Ahmad hari ini menghabiskan hari terakhirnya sebagai pegawai
tentera udara selepas dipecat ekoran isu sidang media berhubung dakwat
kekal dalam pilihan raya.
Sesuai dengan imej beraninya itu, Zaini juga membayangkan akan bergiat lebih aktif termasuk bertemu langsung dengan orang ramai.
“Mulai hari ini siapa nak tempah ceramah sudah boleh. Allahuakbar!” katanya dalam mesej ringkasnya kepada Malaysiakini.
Zaidi berkata beliau hari ini dipanggil menghadap komander pangkalan
udara Butterworth untuk dibacakan sijil pengesahan hukuman yang
ditandatangani panglima tentera udara pada 27 Januari.
“Bermakna mulai dari tarikh itu saya bukan lagi seorang anggota tentera,” katanya.
Beliau juga berkata selepas ini akan melalui proses pemberhentian
seperti membuat MyKad, memulangkan barangan dipinjam dan mengisi
beberapa dokumen berkaitan.
“Alhamdulillah harap-harap bayaran pencen dan ganjaran dibayar penuh dengan tiada pengurangan dan sebagainya,” katanya.
No comments:
Post a Comment