Di Kuala Lumpur, pejabatnya diserbu polis.
Di peringkat dunia, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengundangnya bercakap mengenai hak berkarya.
Badan dunia itu mengundang kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ul-Haq untuk berucap berhubung perkara itu pada 6 Mac depan.
Forum di pejabat PBB di Geneva itu akan membincangkan sekitar usaha mempertahankan kebebasan kreatif dan tindakan yang boleh diambil.
“Dalam ucapan, saya akan menekankan bahawa hak ekspresi seniman harus diletak di tempat teratas dan tidak boleh dikompromi,” katanya.
“Saya juga akan menyentuh mengenai komitmen yang sangat minima oleh PBB bagi melindungi artis termasuk kartunis, menyebabkan estrimis dan rejim korup seperti di Malaysia terus menekan kreativiti para seniman.”
Sepanjang berkecimpung dalam bidang kartun satira politik, Zunar menjadi kartunis paling mendapat layanan keras pemerintah, termasuk melalui rampasan dan pengharaman buku.
Karya-karyanya juga mengundang kehadirannya di mahkamah.
Terbaru pada 28 Januari lalu, sekumpulan enam orang polis dari ibu pejabat kontinjen Kuala Lumpur menyerbu pejabatnya dan merampas sejumlah 155 naskhah penerbitan yang diusahakannya.

No comments:
Post a Comment