MALAYSIAKINI
Seorang MP pembangkang kecewa dengan tindakan firma pelaburan 1Malaysia
Development Bhd (1MDB) yang berhutang dengan jutawan Tan Sri Ananda
Krishan untuk melunaskan pinjamannya.
MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata tindakan itu satu “penghinaan”,
apatah lagi apabila syarikat tersebut mendakwa ia telah menebus semula
pelaburannya sebanyak RM3.9 bilion di Kepulauan Cayman pada kadar
tukaran semasa.
“Berita itu penghinaan besar buat 1MDB dan amat memalukan kerajaan Malaysia,” kata Pua dalam kenyataan.
Laporan Reuters semalam menyebut bahawa Ananda Krishnan akan
meminjamkan RM2 bilion kepada 1MDB untuk melangsaikan hutang dengan
Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd.
1MDB sebelum ini sudah dua kali tersasar dari jadual pembayaran untuk
pinjaman jangka pendek yang dibuat dengan dua bank tersebut.
Firma tersebut meraih kontroversi ekoran hutangnya berjumlah RM41
bilion, hasil ratusan juta dolar yang dipungut Goldman Sachs untuk
pengendalian pengeluaran bonnya dan dakwaan mengenai isu ketelusan
syarikat berkenaan.
Pua seterusnyua membangkitkan bahawa pinjaman dari Ananda itu merupakan bukti bahawa 1MDB kini dipengaruhi jutawan berkenaan.
MP tersebut turut menimbulkan kebimbangan bahawa 1MDB mungkin terpaksa memenuhi syarat pinjaman yang memihak kepada Ananda.
“Terutama sekali memandangkan 1MDB ada rekod yang buruk dalam mendapatkan pinjaman khas,” katanya.
[Baca berita asal]
Sementara itu, naib presiden PKR Rafizi Ramli berkata perkembangan itu
menunjukkan bahawa 1MDB sememangnya berhadapan dengan masalah aliran
tunai.
“Masalah ini akan menjadi lebih parah dalam tahun 2015 kerana 1MDB telah
mengambil beberapa hutang jangka pendek untuk memenuhi komitmen bayaran
hutang lain," katanya.
Rafizi berkata, salah satu daripada hutang tersebut adalah pinjaman US$1
bilion (kira-kira RM3.6 bilion) yang daripada enam buah bank.
Pinjaman daripada enam buah bank tersebut dilaporkan oleh majalah kewangan antarabangsa International Financing Review, katanya.
No comments:
Post a Comment