KUALA LUMPUR - Rakan-rakan seperjuangan Ahli Majlis Tertinggi
Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kecaman daripada Ketua
Pergerakan Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon dalam menghadapi isu
memboikot peniaga yang tidak menurunkan harga barangan selepas harga
minyak telah turun adalah tindakan bodoh.
Bekas Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Zulkifli
Alwi berkata, Chong tidak sepatutnya mengecam kenyataan Ismail Sabri
memandangkan kenyataan yang dibuat itu khas untuk membela nasib rakyat.
"Kami menganggap kenyataan-kenyataan ini sebagai bodoh, biadap dan tersasar.
"Bodoh kerana kenyataan Ismail Sabri tersebut bertujuan membela nasib
rakyat terbanyak dalam soal harga barangan yang seharusnya diturunkan
sejajar dengan pengurangan harga minyak.
"Kami bukan sahaja kesal tetapi berasa amat marah terhadap kenyataan
berbaur kecaman yang dilemparkan terhadap Ismail Sabri khususnya para
pemimpin parti MCA termasuk ketua pemudanya," katanya kepada pemberita
dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini
hari ini.
Zulkifli menjelaskan, tindakan Chong yang mempersoalkan kesesuaian
Ismail Sabri selaku ahli jemaah menteri juga merupakan sesuatu yang
sangat biadap dan ianya mengguris perasaan ahli-ahli Umno di peringkat
akar umbi.
Katanya, kenyataan Chong itu merupakan suatu tindakan yang lebih chauvinist daripada parti-parti pembangkang.
"Perlantikan Menteri adalah hak Perdana Menteri, siapa dan apa hak Pemuda MCA untuk mempertikaikannya.
"Parti MCA yang survival politik kepimpinannya hari ini terlampau benyak
bergantung ehsan penyokong dan pemimpin parti Umno serta orang-orang
melayu.
"Maka kami tidak dapat menerima bagaimana Pemuda MCA tergamak senada dan seirama pula denga parti pembangkang," ujarnya.
Chong dalam kenyataannya membidas kenyataan Ismail Sabri dengan
menyatakan untuk memboikot perniagaan Cina adalah kenyataan kurang bijak
dan menegaskan bahawa Ahli Parlimen Bera itu hanya membuat kenyataan
peribadi dan bukan pendirian Kabinet serta BN.
Ismail Sabri sebelum ini menegaskan kenyataan berkaitan isu boikot itu
bukan ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi kepada pemborong dan
peniaga Cina yang masih tidak mahu menurunkan harga walaupun harga
minyak telah turun.
No comments:
Post a Comment