Tuesday, February 3, 2015

'Awas sebelum MIC ditinggalkan orang India'

MALAYSIAKINI



 
 
 
Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengingatkan pemimpin parti itu supaya menyelesaikan segera masalah dalaman parti.

Ini kerana, Samy berkata, sekiranya krisis itu berpanjangan MIC akan berdepan dengan masalah sokongan kepada parti.

"Kekuatan MIC perlahan-lahan semakin jatuh. Jika mereka tidak ambil tindakan (selesaikan masalah parti), MIC akan kehilangan sokongan.

"Bila hilang kekuatan, masyarakat India akan tinggalkan MIC," kata Samy kepada pemberita semasa ditemui pada sambutan Hari Thaipusam di Batu Caves hari ini.

Selain itu, Samy Vellu turut mengingatkan, sebagai seorang presiden, Datuk Seri G Palanivel sepatutnya mencari jalan penyelesaian bagi kemelut MIC.

Bimbang MIC tiada lagi

Kata bekas presiden paling lama itu, beliau bimbang jika MIC tidak wujud lagi sekiranya tiada sebarang tindakan yang dibuat Palanivel.

"Jika kita mahu menyelesaikan masalah-masalah dalam parti sekarang, presiden mesti ambil tindakan.

"Presiden mesti jadi orang nombor satu, selepas itu orang lain boleh ikut cadangan yang diberi oleh orang belia.

“Jikalau beliau tidak ambil tindakan yang sesuai, saya takut MIC tidak ada lagi," katanya lagi.

Perbezaan pendapat timbul dalam MIC berikutan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota jawatankuasa pusat (CWC).

Ekoran pelbagai pertikaian yang berlaku, Palanivel dan Saravanan kini akan mengambil pendekatan berdiam diri sehingga masalah dalaman itu selesai.
 

No comments: