MALAYSIAKINI
Perdana Meneri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa
kerajaan tidak akan menaikkan tarif elektrik dalam penstrukturan semula
Bajet 2015.
Beliau turut mengumkan perubahan kepada unjuran pengeluaran negara kasar
daripada angka 5 hingga 6 peratus sebelum ini kepada antara 4.5 hingga 5
peratus.
Dalam perutusan khasnya hari ini, Najib turut mengumumkan unjuran
defisit berkurangan daripada 4 peratus sebelum ini ke tahap 3.2 peratus.
Semakan semula ke atas bajet tersebut bagi menghadapi pengurangan
pendapatan negara ekoran kejatuhan harga minyak dan kelemahan nilai
Ringgit.
Kelemahan nilai Ringgit itu memberi beban kepada pinjaman dan import namun memberi nilai lebih rendah kepada eksport.
Najib yang juga menteri kewangan turut mengumumkan beberapa langkah
untuk menggalakkan eksport dan menggalakkan perniagaan tempatan,
termasuk penangguhan kenaikan tarif elektrik.
Najib turut memberi jaminan bahawa peruntukan pembangunan sebanyak
RM48.5 bilion tidak terjejas dan projek mega juga akan diteruskan.
Beliau juga mengumumkan beberapa langkah penjimatan yang akan membolehkan perbelanjaan operasi dikurangkan kepada RM5.5 bilion.
No comments:
Post a Comment