MALAYSIAKINI
Dalbinder Singh Gill, anak saudara kepada mendiang Karpal
Singh, yang kemungkinan besar akan didakwa bawah Akta Hasutan 1948 pada
Februari, tidak akan hanya memerap di rumah kerana bimbangkan perkara
itu.
Mahasiswa 24 tahun itu kini memilih menjual burger buatan sendiri di
gerai rakannya yang dikenali sebagai Abu Hassan di Persiaran Gurney,
Pulau Pinang.
Beliau memilih bidang itu daripada membantu perniagaan hotel ayahnya di sebelah pulau.
“Dengan
kadar tangkapan bawah Akta Hasutan di negara ini, suatu hari nanti
mungkin menjual burger juga dikira menghasut,” katanya sambil ketawa
ketika ditemui Malaysiakini di tempat perniagaannya itu malam tadi.
Dalbinder antara 20 individu pelbagai latar yang berdepan akta
kontroversi itu tahun lalu, termasuk ahli politik, wartawan dan
penceramah bebas.
Katanya, Jabatan Peguam Negara memaklumkan padanya berhubung kemungkinan beliau akan didakwa.
Katanya, beliau diberitahu perkara itu ketika menelefon jabatan itu bagi
menuntut pemulangan iPhone5 dan iPad mini miliknya yang dirampas.
Beliau pada 1 Oktober tahun lalu ditahan bawah Akta Hasutan kerana
tulisan di Facebook yang didakwa mempersoalkan hak bumiputera dan
institusi beraja.
Dalbinder menyerah diri di ibu pejabat polis daerah Timur Laut di Jalan
Patani pada jam 10.45 untuk disoal siasat. Beliau dibebas dengan jaminan
polis pada kira-kira jam 1.30 pagi.
No comments:
Post a Comment