Wednesday, January 21, 2015

Nik Aziz sudah sedar, solat, minum teh 'o' dan bertegur sapa

ANTARA POS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan kini beransur pulih dan sudahpun mampu bangun untuk bertegur sapa.
 
Perkara itu dimaklumkan anakknya, yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh, nik Abduh nik Ahmad menerusi laman facebooknya kira-kira jam 11 pagi tadi.
 
"Alhamdulillah, pagi ini ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan semakin positif terhadap semua rawatan yang diberikan.
 
"Ayahanda sedar awal pagi tadi, solat Subuh, minum teh O, bertanya khabar beberapa ketika dan mengukir senyum.
 
"Selepas tidur kembali, beliau sedar dan minta untuk minum lagi.
 
Perkembangan itu turut disambut gembira oleh pasukan doktor yang bertungkus lumus memberikan perkhidmatan terbaik kepada bekas menteri besar Kelantan itu.
 
"Pihak doktor gembira dengan perkembangan, cuma menyatakan rawatan rapi akan terus dilakukan untuk tempoh ini," ujarnya.
 
Nik Abdul Aziz, 84 dimasukkan ke unit rawatan tersebut semalam selepas tahap kesihatannya merosot terutamanya selepas musibah banjir yang melanda Kelantan.

No comments: