Sunday, January 18, 2015

'Menteri kewangan juga perlu disemak semula'

MALAYSIAKINI


 


Semakan semula Belanjawan 2015 selepas kejatuhan harga minyak dunia harus melibatkan perubahan dalam Kementerian Kewangan sendiri, kata anggota parlimen Kluang.

Liew Chin Tong (bawah) berkata langkah menteri kewangan baru harus dilantik dan memulakan tugas dengan memotong “dana rahsia” (slush funds) perdana menteri.

“Walaupun mengalu-alukan pembentangan semakan Belanjawan 2015 yang sudah dikira lewat, saya tahu bahawa orang ramai, terutamanya korporat Malaysia, berharap untuk melihat lantikan menteri kewangan sepenuh masa dibuat,” katanya.

“Semakan Belanjawan 2015 patut menumpukan kepada pemotongan slush fund perdana menteri dan bukan mensasarkan (pemotongan) perbelanjaan sosial,” kata Liew.

Jawatan menteri kewangan disandang oleh Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan.

No comments: