MALAYSIAKINI
Kumpulan penentang pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara
(Kidex) dan Damansara-Shah Alam (Dash) merancang berhimpun bagi
menyatakan bantahan mereka pada 25 Januari ini.
Langkah itu diambil setelah kumpulan itu, yang menggunakan nama “Say No
To Kidex and Say No To Dash” melihat kurangnya maklum balas daripada
pihak kerajaan pusat dan negeri Selangor.
Kumpulan itu berjaya mendapatkan permit polis untuk perhimpunan yang dirancang selama dua jam di Dataran Petaling Jaya itu.
Kedua-dua lebuh raya itu melalui kawasan berdekatan perumahan di tengah-tengah Petaling Jaya.
Walaupun menentang lebuh raya itu, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor
masih belum mengambil tindakan muktamad untuk mengubah jajaran lebuh
raya yang dimulakan oleh kerajaan pusat itu.
“Mereka (Selangor dan pusat) terus menyalahkan satu sama lain berhubung
siapa yang bertanggungjawab menerima dan membatalkan projek,” kata wakil
kumpulan itu Mak Khuin Weng.
No comments:
Post a Comment