Nik Abdul Aziz Nik Mat
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dirawat
di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Kubang Kerian dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang melawat beliau dalam satu kenyataan malam tadi berkata, perkembangan kesihatan Nik Aziz akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
"Saya baru berkunjung ke HUSM menziarahi Tok Guru. Mengikut doktor yang merawatnya keadaan beliau stabil ketika ini.
"Teruskan utus doa diberi kesembuhan kepada beliau. Perkembangan kesihatan Tok Guru akan dimaklumkan.
"Turut bersama saya sekejap tadi, Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan Setiausaha Agung Pas (Datuk Mustafa Ali)," katanya lagi.
Sebelum ini, anak Nik Aziz, Nik Mohamad Abduh memaklumkan keadaan kesihatan bapanya itu menurun berikutan banjir besar yang melanda Kelantan pada bulan lepas.

No comments:
Post a Comment