MALAYSIAKINI
Selepas tarikh akhir untuk akhbar milik Umno - Utusan Malaysia -
memohon maaf, tamat semalam, peguam yang mewakili Menteri Besar Pahang,
Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau telah menerima arahan untuk
memfailkan writ saman RM15 juta.
Peguam kanan Manjeet Singh Dhillon, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan tiada permohonan maaf yang diterima dari akhbar tersebut.
"Saya telah menerima arahan untuk memfailkan writ (saman) dalam beberapa hari lagi," kata Manjeet.
Terdahulu, dilaporkan bahawa Manjeet telah menghantar surat tuntutan
kepada Utusan dua minggu lalu berhubung kolum Awang Selamat "Hebat
Sangatkah Adnan?' dalam reaksinya terhadap komen Adnan berkaitan
kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands.
Adnan menuntut Utusan menyiarkan permohonan maaf di muka depan kerana
didakwa membayangkan Adnan telah terlajak tempohnya menjadi menteri
besar.
Adnan menjadi MB Pahang selama 15 tahun sejak 1999, menjadikan beliau
menteri besar Umno yang paling lama memegang jawatan tersebut.
MB Pahang itu mendakwa artikel tersebut tohmahan yang telah menimbul ejekan dan kebencian awam terhadapnya.
Adnan antara lain mendakwa artikel itu bermaksud beliau tidak mempunyai
integriti, MB yang gagal dalam tugasnya, terlajak kedudukannya sebagai
MB, dan seorang yang sombong dan menolak sebarang bentuk kritikan.
No comments:
Post a Comment