MALAYSIAKINI
PAS Selangor mengakui parti itu tersentap dengan tekanan dan tohmahan
sewaktu krisis menteri besar negeri itu tetapi tidak akan berdendam dan
akan terus komited bersama Pakatan Rakyat.
Walaupun krisis itu telah berlalu, Pesuruhjaya PAS Iskandar Samad mahu
Pakatan Rakyat memandang ke hadapan bagi memastikan gabungan pembangkang
itu terus kukuh dan Selangor akan terus dipertahankan.
"Walaupun terpaksa menghadapi tekanan dan tohmahan PAS telah memilih
untuk kekal di dalam kerajaan ketika krisis tersebut semata-mata untuk
memastikan Umno dan Barisan Nasional tidak dapat mengambil alih
pentadbiran kerajaan negeri melalui pintu belakang.
"Jika PAS tidak melakukannya maka belum tentu kerajaan di Selangor hari ini adalah Kerajaan Pakatan Rakyat.
"Sama ada pengorbanan PAS itu dihargai atau sebaliknya ada tidak
penting. Sejarah akan menilai segala tindakan kita. Yang penting
Selangor terus diterajui oleh Pakatan Rakyat," katanya.
Iskandar berkata pihaknya akan terus komited bersama Pakatan atas dasar
hormat menghormati hak dan merai perbezaan pandangan supaya berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah dengan setiap parti yang menanggotainya.
Exco Selangor dan ADUN Cempaka itu berkata demikian dalam satu kenyataan sempena sambutan ulangtahun parti Islam itu ke-63.
No comments:
Post a Comment