Foto Sinar Harian oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
PUTRAJAYA - Suasana di pekarangan Istana Kehakiman di sini, yang
mulanya tenang bertukar panas apabila penyokong bekas pembantu peribadi
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan mula mencetuskan
provokasi.
Suasana provokasi bermula apabila penyokong Saiful mula melaungkan kata-kata 'hukum-hukum, hukum Anwar' menyebabkan penyokong Anwar tidak berpuas hati dengan laungan tersebut.
Penyokong Saiful yang berpakaian serba merah hari ini datang bertentangan dengan penyokong Anwar lantas melaungkan slogan tersebut sehinggakan penyokong Anwar naik berang.
Laungan penyokong Saiful itu dibalas oleh penyokong Anwar dengan laungan 'dibayar RM30', dipercayai bertujuan menyindir penyokong Saiful.
Bagaimanapun, suasana tegang itu hanya berlangsung lima minit dan keadaan kembali tenang apabila penyokong Saiful beransur pergi daripada kawasan tersebut.
Hari ini merupakan hari kelima hujahan balas kes rayuan liwat II membabitkan Anwar Ibrahim dan Saiful.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan