Fadhil yang lumpuh buntu memikirkan nasib keluarga selepas tidak mampu bekerja.
KUANTAN - “Saya tidak tidak mampu membalas jasa baik seorang rakan yang
sanggup mengeluarkan wang membayar sewa rumah termasuk menanggung kami
sekeluarga selepas saya tidak lagi mampu bekerja apabila disahkan
lumpuh,” kata seorang mualaf, Fadhil Lai Abdullah, 44.
Fadhil yang kini tinggal menyewa di Taman Pandan Damai, di sini, kini dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) akibat lumpuh dari paras pinggang hingga ke kedua-dua belah kakinya.
Mengimbas kejadian yang membawa kepada masalah kesihatan yang dilaluinya itu, Fadhil berkata, dia terjatuh dari lori ketika mengangkat kotak berisi ikan masin untuk dibawa masuk ke dalam rumahnya pada awal Mac lalu.
Menurutnya, akibat kecederaan dialami dia mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Gambang dekat sini setelah dihantar rakan.
“Hasil pemeriksaan mendapati kecederaan yang saya alami tidak serius dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan ketika itu.
“Saya bekerja seperti biasa kerana menyangka tiada sebarang masalah yang dihadapi akibat kejadian itu sehinggalah beberapa hari kemudian bahagian belakang badan apabila berasa amat sakit,” katanya ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.
Fadhil berkata, dengan bantuan rakan, dia dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk menerima rawatan.
“Kesakitan di bahagian belakang badan mula merebak sedikit demi sedikit sehinggalah ke kedua-dua kaki sehingga saya tidak mampu untuk bergerak dan berdiri.
”Saya tidak dapat menerima kenyataan pada mulanya apabila doktor mengesahkan saya lumpuh,” katanya.
Dia yang memeluk Islam sejak 10 tahun lalu ketika menetap di Sungai Petani, Kedah berkata, selepas lapan bulan dalam keadaan itu, dia menerima kad OKU.
“Kehidupan kami sekeluarga menjadi gelap kerana saya tidak mampu untuk bekerja bagi menyara isteri, Adek Irmayani Sutarno, 38, berasal dari Medan, Indonesia dan tiga anak berusia satu hingga sembilan tahun,” katanya.
Fadhil berkata, sejak kejadian itu, dia mengharapkan belas ihsan rakan-rakan menghulurkan wang belanja untuk membeli barang keperluan dapur dan belanja sekolah anak sulungnya.
“Saya terharu dan bersyukur kerana ada rakan yang prihatin dan sanggup mengeluarkan wang untuk membayar sewa rumah sebanyak RM550 sebulan termasuk bil elektrik dan air,” katanya
Katanya, dia pernah membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan bulanan daripada pihak berwajib.
“Saya bersama isteri berkahwin sejak 10 tahun lalu dan dia juga sudah menjadi penduduk tetap namun apa yang mengecewakan permohonan kami ditolak hanya kerana isteri berasal dari negara jiran,” katanya.
Orang ramai yang prihatin dan bersimpati dengan nasib Fadhil Lai boleh menghubungi talian 016-4267077 atau isterinya, Adek Irmayani, 010-5050652.
Sumbangan wang tunai boleh disalurkan ke akaun Maybank 102055429592 atas nama Adek Irmayani.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan