sakmongkol.blogspot
Kemana kita
pergi sekitar KL sekarang, kita lihat banyak terpacak nya bendera UMNO. Orang sudah
mulai bercakap ini bendera kumpulan gangster- yang melepaskan budak upahan
menendang pelajar university yang merupakan anak2 orang; mak serta ayah serta
kaum keluarga kalau masih terus sokong UMNO setelah anak2 diganyang berdosa
kepada anak2 mereka; jauhkan diri dari UMNO. Parti ini sudah tidak dapat
dibantu. Pemimpin asyik berpoya melayan para isteri bermewah mewahan. Harta benda
rakyat habis disapu.
Ini bendera
parti yang membiarkan kumpulan ala samseng buat lapuran polis lengkap dengan
uniform para military; yang bercakap ajak berkelahi, merusuh dan membinasa orang
lain. Anak muda Melayu pun meluat tengok telatah pimpinan UMNO yang dahulu nya
malas belajar semasa sekolah, sekarang jadi kontraktor klas F dan lain2 nya
tapi oleh kerana jadi AJK UMNO bahagian atau ahli UMNO cekai sekali pun-
berlagak macam dunia ini mereka yang punya.
Kita tahu
jenis budak2 UMNO ini- lagak di lobi hotel2 besar dan makan di restoren bawak girlfriend
tapi mana sudu mana garfu pun tak tahu.
Suatu ketika
dahulu saya ingat rakyat Indonesia yang tertekan perasaan dan boleh meletup
bila2 masa- tapi setelah saya melawat Bandung dan menyaksikan karakter rakyat
Indon yang walaupun susah tapi tidaklah bermata liar mencari mangsa untuk dikasari-
saya tiba tiba sedar bahawa yang tertekan dan mudah meletup ialah gerombolan
UMNO.
UMNO tidak
sedar bahwa mereka hanya sebagian dari orang Melayu dan mereka yang angkat diri
sendiri menjadi jurucakap Melayu. Sudah ramai Melayu yang tidak mahu UMNO
bercakap bagi pihak mereka. Kenapa kita
mahu membiarkan budak lepasan SRP, SPM menjadi jurubicara bangsa kita? Kita bukan
ahli JKKK.
Tapi pemimpin
UMNO dan pegikut nya tidak tahu emosi apa yang dihidupkan dalam hati rakyat. Bendera
nya bukan lagi lambang kelompok manusia yang megah dan bukan lagi lambang parti
mulia Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahman, Tun Razak. Ia bukan lambang parti orang
Melayu yang datang dari kampong, merendah diri yang bangkit berarak menentang Malayan Union dahulu.
Orang Melayu
menentang Malayan Union dahulu kerana insaf bahawa mereka boleh hilang kuasa
keatas masa depan mereka. Setelah mendapat kuasa, UMNO sendiri yang menyebabkan
orang Melayu hilang kuasa keatas masa depan mereka. Walaupun ada kuasa, UMNO
gagal menyediakan orang Melayu untuk mempertahankan masa depan.
Cara yang UMNO
sekarang tahu mempertahankan kuasa ialah bukan dengan kekuatan buah pemikiran,
kemantapan dasar pemerintahan nya- tapi melalui ugutan menggunakan tekanan,
kezaliman, kuasa polis dan tentera.
Orang ramai
akan kata- ini bendera parti kaki pukul, kaki ugut, kaki gunakan polis sebagai
budak suruhan, kaki yang hantar budak upahan menendang pelajar, menakutkan
bangsa lain rakyat Malaysia. kali ini bendera UMNO bukan lagi lambang sesuatu
yang dimuliakan dan dihormati oleh rakyat. Ianya sudah menjadi lambang pemerintahan
kuku besi atau reign of terror- bayangan kepada sebuah parti dimana ahli nya
ganas dan membuli rakyat.
Semua nya
hasil kesedaran bahawa UMNO tahu, ia parti yang menuju kepada penghujung hayat-
pengikut nya naik sasau dan mudah meletup. Mereka membayangkan ancaman dalam
semua tentangan terhadap nya. UMNO sudah tahu bahawa dia tidak mampu
mempertahkan keberadaan nya dengan dasar2 pemerintahan nya, idealisme nya dan
kemurnian buah fikiran. Kincir angin itu mereka sangkakan naga2 yang mahu membaham mereka.
Ia hanya boleh
mempertahankan keberadaan nya melalui ugutan, tangkapan, penggunaan undang2
zalim, dan teriakan mengkasari orang lain. Sedangkan dewan persidangan mereka
itu bukan nya memberikan sesiapa yang bercakap suatu kekebalan- namun pihak
berkuasa tidak akan mengambil tindakan apa2 kepada teriakan hasutan dan
teriakan ugutan.
Bendera UMNO
bukan lagi lambang yang boleh dimegahkan oleh pengikut nya kerana UMNO tidak
lagi sebuah parti yang mengundang penghormatan. Ia lambang kepada gerombolan
yang gila kuasa yang mahu menekan dan menindas rakyat yang tidak bersetuju
dengan dasar2 nya.
Kita tahu
minggu ini minggu apa- suatu pesta bertanding siapa boleh menjerit lebih kuat
dan siapa lebih hebat menaikkan darah gerombolon yang berhimpun di PWTC. Malam nya,
para pemuda dan ketua2 bahagian berkepit dengan puteri2 nya dan memenuhi semua
kelab2 dangdut sekitar Sentul dan Chowkit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.