SHAH ALAM: Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina
dikecam pengguna laman sosial Twitter hari ini, ekoran meninggalkan
kenderaannya di pam minyak dan pergi makan di restoran Subway
berhampiran stesen tersebut.
Ketika kejadian pelakon muda yang sering terpalit dengan kontroversi
sebelum ini, bersama dengan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden
menaiki kereta jenis Chevrolet Camaro berwarna kuning yang diterima Eina
sebagai hantaran ketika majlis perkahwinannya.
Perkongsian gambar itu menjadi viral di internet.
Menurut
pengirim gambar Amir Hamzah Ahmad, tindakan pasangan ini memalukan
kerana stesen minyak ada menyediakan kemudahan parking berasingan untuk
meletakkan kenderaan dalam tempoh yang lama.
"Parking kat petrol pam dan makan di Subway. Pernagai tipikal bangsawan
ekspress. Aku tak kisah kau datuk Paduka ke pelakon ke, parking ada
kot. Boleh pula kau parking kat situ?," soal beliau.
Namun perkara ini belum dapat pengesahan daripada Eina samada kejadian ini sahih atau hanya direka pihak yang dengkikan beliau.
Eina berkahwin pada awal September lalu dan menerima wang hantaran sebanyak RM77,000.
Beliau sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang pelakon lelaki Afiq Muiz namun hubungan tersebut tidak berpanjangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan