KUALA LUMPUR - Seramai sembilan daripada 44 murid termasuk guru
sebuah sekolah kebangsaan dari Pulau Pinang cedera selepas bas sekolah
yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 46,
Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Lembah Beringin, awal pagi
Sabtu.
Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, bas sekolah berkenaan dilaporkan
membawa rombongan murid dan guru Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada pukul 4.16 pagi.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila bas yang membawa 44 penumpang telah merempuh belakang sebuah lori.
"Berikutan itu, seramai sembilan penumpang yang terdiri daripada tujuh
orang dewasa dan dua kanak-kanak telah mengalami kecederaan ringan
manakala 35 lagi selamat," katanya.
Kesemua penumpang cedera telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.
Difahamkan, antara yang cedera ialah guru besar sekolah tersebut kerana berada di tempat duduk hadapn.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan