MALAYSIAKINI
Bekas diplomat Muhammad Rizalman Ismail yang berdepan dakwaan melakukan
serangan seksual terhadap wanita New Zealand, dijadual dihantar kembali
ke negara itu Jumaat ini.
Beliau dijadual berlepas daripada Kuala Lumpur pada Jumaat malam dan sampai ke New Zealand pada Sabtu pagi.
Menurut stuff.co.nz (Fairfax media), Rizalman akan ditemani polis negara kiwi itu dalam pesawat dinaikinya.
Beliau akan berdepan pertuduhan terhadapnya di mahkamah selepas pulang ke Malaysia lima bulan lalu.
Atase tentera di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand itu
didakwa membuat serangan seksual terhadap gadis tempatan 22 tahun, Tania
Billingsley, selepas memecah masuk rumahnya.
Beliau pada 22 Mei kembali ke Malaysia menggunakan kekebalan diplomatik.
No comments:
Post a Comment