MALAYSIAKINI
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata isu berhubung hukum
menyentuh anjing perlu dibahaskan secara tertib dan bukannya dengan
penghinaan atau kejian.
Beliau berkata demikian dalam pengumumannya berhubung forum bertajuk
‘Keterbukaan vs Sensitiviti Lazim’ yang akan mengetengahkan penganjur
acara kontroversit itu, Syed Azmi Alhabshi.
“Ini adalah perbincangan untuk mendengar semua segi pandangan, Lebih
baik dibincangkan dengan cara ilmiah berbanding ugutan atau penghinaan
ke atas sesiapa dengan menggunakan bahasa kesat,” kata Khairy.
Forum berkenaan dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (Akhi)
dan menampil tokoh ulama pergerakan itu, Fathul Bari Mat Jahaya.
Akhi merupakan akademi politik Pemuda Umno yang turut menganjurkan latihan politik ke atas barisan kepimpinannya.
No comments:
Post a Comment