Oleh: AFIX REDZUAN
SEKINCHAN: Kerajaan Selangor sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan satu Tabung Biasiswa untuk anak Selangor yang kini menuntut di Universiti Selangor (Unisel).
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, tabung biasiswa ini bertujuan membantu anak Selangor meneruskan pengajian memandangkan kini kos pendidikan semakin meningkat.
Katanya, perkara ini akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2015, November hadapan.
“Kita sedang meneliti keperluan membantu anak-anak kita yang sebahagian besarnya daripada Selangor termasuk Sabak Bernam,
Tanjong Karang, Sungai Besar yang ada potensi untuk meneruskan pengjian tetapi kerana kos pendidikan yang terlalu tinggi.
“Kita sedang melihat satu jumlah yang besar dan ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Exco dan akan umumkan dalam Belanjawan 2015,” katanya kepada media.
Sebelum ini, Mohamed Azmin memaklumkan Kerajaan Selangor akan menumpukan soal pendidikan dan pembangunan untuk tahun 2015.
Langkah ini selari dengan hasrat Kerajaan Negeri yang dijangka membentangkan belanjawan dengan menumpukan soal pembangunan rakyat dan mengurangkan kos pengurusan.EZY

No comments:
Post a Comment