Oleh: Lyn Nasir
PUTRAJAYA: Pejabat Peguam Negara (AG) mempunyai ratusan Pendakwaraya namun melantik Tan Sri Shafee Abdullah yang juga peguam kanan Umno untuk mengetuai pendakwaan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Sungai Petani, mempersoalkan pelantikan peguam luar sebagai pendakwaraya kes Anwar sedangkan terdapat ramai pendakwa yang lebih layak di pejabat AG.
“Saya tanya Kementerian Kewangan dan JPM (Jabatan Perdana Menteri), berapa kamu bayar Shafee, kamu bayar dengan duit rakyat, dari cukai termasuk GST akan datang.
“Malu, sebagai sebuah negara yang nak mencapai status negara maju, tak ada orang yang berkelayakan langsung sehingga terpaksa ambil peguam luar,” katanya ketika berucap di hadapan 1,000 penyokong Anwar berhampiran istana Kehakiman Putrajaya..
Jelasnya, ia merupakan kali pertama dalam sejarah apabila peguam negara ‘mengimport’ peguam dari luar bagi menjadi pendakwa untuk pihak kerajaan.
“Kita hantar pegawai untuk latihan, bagi gaji tinggi, bagi kelengkapan, tapi tak ada sorang pun berani berhadapan dengan kes Anwar,” katanya ketika berucap.
“Tapi ini bukan salah pegawai-pegawai, kerana pegawai tahu tak ada kes nak sebut.
“Cuma ada orang tak malu kerana duit, kerana nama, kerana nak berhadapan dengan Perdana Menteri, dan nak sebelah PM, kerana itu semua, Shafee sanggup gadai maruah sebagai seorang peguam,” katanya disambut tepukan hadirin.
Beliau menggesa rakyat bersatu kerana jelasnya, tidak ada seorang pun yang mampu mendapat keadilan jika Anwar sendiri diperlakukan sedemikian rupa.
1 comment:
wahai shafie, aku doakan kau dihukum Allah dgn segera.
termasuk keluarga kau kerana kau menzalimi keluarga anwar juga.
aku doakan kau terima bala lebih kurang mokhtar abdullah dulu yg otak hebat penipunya itu membengkak dan tidak boleh ditutup dgn tempurung kepalanya yg bersaiz kecil.
Ya Allah binasakan org2 zalim ini.
Post a Comment