sakmongkol.blogspot
Pengalaman
saya dengan orang UMNO yang berkuasa ini ialah mereka rasa mereka melakukan
perkara2 yang menyebelahi kepentingan rakyat. Tapi sebenarnya sebaliknya yang
berlaku.
Kepentingan
yang mereka perjuangkan ialah kepentingan kelompok2 tertentu dan ianya adalah
untuk kepentingan mereka sendiri untuk berfikiran demikian. Dengan berfikiran
demikian sahaja, dapatlah mereka mensahihkan perlakuan mereka. Hitam jadi
putih, salah jadi betul, tidak adil jadi adil.
Inilah punca
minda kerajaan tahu yang terbaik untuk kamu. Walaupun PM Najib jerit sana sini
mengistiharkan zaman kerajaan lebih tahu yang terbaik untuk kamu sudah
berakhir, sebetulnya sebaliknya yang berlaku. Kita tahu Najib kaki kelentong.
Kerajaan
bernafsu buas untuk mengekang kepentingan rakyat. Semua protes yang legitimate dianggap sebagai
hasutan menjatuhkan kerajaan. UMNO tidak sedar bahawa kerajaan yang meraka ada
hanya disokong oleh 47% pengundi dalam PRU13. Dikawasan saya, yang dapat 47%,
calun MCA tewas.
PTPTN di
gambarkan sebagai suatu yang baik. Orang kampong yang berpendapatan rendah
menerima gambaran tersebut. Mereka sokong dan ada yang sanggup berdemonstrasi
menyokong PTPTN. Banyak sangat kah wang orang Melayu? Mengapa kita biarkan diri kita diperbodohkan?
Tidak kesian kita pada anak2 kita?
40% golongan bawahan mempunyai pendapatan isi
rumah purata sebanyak RM1600. Itu angka purata. Menerima kesahihan angka ini
samalah seperti kita menerima jumlah saiz purata sebuah keluarga ialah 3.5
orang. Pernah sesiapa melihat 0.5 orang?
Yang mempunyai
pendapatan tidak lebih RM1000 sebulan berjuta jumlah mereka. Sebab itu ada 7
juta rakyat Malaysia layak mendapat BR1M. jumlah yang layak saya rasa
sepatutnya 11 juta orang.
Tapi mereka tidak fikir bahawa anak2 mereka,
ramai yang jadi graduan tapi tidak mendapat kerja yang diimpikan, akan
berhutang dan mungkin akan bengkrap. Kitaran membengkrapkan akan berulang. Yang
tak dapat kerja memerlukan proses memahirkan diri lagi, masuk pusat latihan,
kena bayar lagi, kena ambil PTPTN. Hutang bertambah.
Kita
membiarkan kebaradaan jenerasi yang berhutang dan kita lupa bahawa ini angkara
durjana sebuah kerajaan yang korap dan rasuah dan menyalah guna kuasa.
Kerajaan
mengeksploitasi mimpi ibu bapa dan impian anak muda. Wahai anak muda- dalam
PRU14 nanti ada 7 juta jumlah kamu- tendang keluar kerajaan bangsawan yang ada
sekarang, kembalikan kuasa rakyat. Sokong kemunculan kerajaan yang baru.
Dahulu apabila
saman AES dikenalkan, ada kelompok Melayu yang sanggup berdemonstrasi
mempertahankan pengenaan saman AES sedangkan orang Melayu yang memiiki kereta
bukan semua kaya. Kereta adalah suatu keperluan sekarang. Tapi mereka
mempertahankan kenaan saman tersebut yang mengayakan syarikat yang membuat
cadangan. hari ini kita tahu, kamera tak seberapa yang dipasang tapi kerajaan
bayar RM700 juta dan kena bayar ganti pula kerena memberhentikan projek curi
wang rakyat tersebut.
Kegilaan tambah
berleluasa. Tidak salah mencadangkan memilhara ikan sturgeon dalam hutan
Jerantut walaupun ianya akan menyebabkan balak RM60-70 juta akan disapu habis.
Bagaimana pemegang kuasa dalam negeri saya Pahang boleh menjustifikasikan
projek ini yang dari segi common sense,
akan gagal dari mula lagi. Hutan dan bukit akan gondol.
Sabsidi minyak
dibayar oleh kerajaan bukanlah suatu perkara yang menakjubkan. Tapi tiap kali
dalam parlimen, sahabat saya Ahmad Maslan, AP Pontian akan ungkit2 perkara ini.
Ini bukti
kerajaan perihatin dan pro rakyat. Banyak ni, kata nya.
Kerajaan
pulang kepada kita RM40,000 juta setahun. Ini jumlah yang besar. Jika
pendapatan negara ialah sebanyal RM1.3 trillion jumlah sabsidi ialah 3% dari
KDNK. Tapi banyak mana kita serahkan kepada kerajaan tahun demi tahun? 10 tahun
kebelakang ini, kita serah kepada kerajaan 230,000 juta. Kita beri kerajaan
hampir 6 kali ganda daripada apa yang kerajaan beri kepada kita dalam bentuk
sabsidi. Jadi, apa yang hendak di ungkit? 40,000 juta sebahagian kecil dari
230,000 juta.
Dalam parlimen
kita bukan datang untuk berceramah. Bajet ialah pembentangan keluar masuk wang.
Semua perbelanjaan yang kerajaan cadang untuk 2015 datang dari rakyat. Kerajaan
BN mesti bersyukur kerana rakyat membayar cukai yang menjadi hasil kerajaan.
Yang patut bersyukur lebih ialah kerajaan bukan rakyat.
Sabsidi minyak
naik dari RM1.65 billion dalam tahun 2002 kepada RM23 billion tahun 2013.
Kenapa? Tidak ada misteri dan tidak perlu disorakkan. Jawapan nya sudah diberi-
jumlah kereta bertambah. Orang pun bertambah. Jadi penggunaan petrol, disel dan
gas pun bertambah. Apa yang ek sangat hendak dislogankan bayaran sabsidi petrol
dan gas?
Ramai yang
mengguna kreta dan kenderaaan. Kerana itu, maka penggunaan petrol, disel pun
bertambah. Orang yang menggunakan gas pun bertambah. Jadi sabsidi bertambah.
Jika kenderaan
awam baik dan mantap mungkin penggunaan kenderaaan peribadi berkurang. Jika
petrol naik, dan kerajaan meliberalkan import kreta, kereta yang efisen minyak
akan ditambah. Jika harga kreta murah,
kenaikan petrol tidak dirasa teruk sangat.
Penyokong UMNO
gembira bila dengar Ahmad Maslan mengulangi kenyataan bahawa kerajaan ini baik
hati- setiap tahun belanja RM40 billion untuk sabsidi. Macam2 ada. Sabsidi
minyak, dan LPG sahaja RM21billion. mana nak cari kerajaan sebaik hati? Sampai
naik loya tekak kita mendengar ulang tayang cerita lama ini.
Semua orang
kena bersyukur sebab mana ada kerajaan yang belanja sebanyak itu untuk rakyat.
Rakyat atau kerajaan yang patut bersyukur?
Yelah- orang
UMNO yang kurang cerdik semua angguk ya seolah2 wang tersebut UMNO yang punya.
Atau kerajaan yang dikuasai UMNO yang punya. Fakta nya ialah,, kerajaan tidak
ada wang. Wang yang ia ada semua datang dari hasil cukai dan hasil bukan cukai
yang di kutip dari rakyat semua. Yang mereka belanja itu, dalam bahasa yang
mudah, bukan bapak mereka yang punya.
Tujuan sabsidi
ialah mengurangkan harga sesuatu barang supaya meringankan beban rakyat.
kerajaan belanja RM20-21 billion setiap tahun keatas sabsidi RON95, disel dan
LPG. Juga untuk mengurangkan harga meringankan beban rakyat yang sussah.
Soalaan:
adakah membantu rakyat susah menjadi susah kepada kerajaan? Kalau rasa susah
sangat, undur biar Pakatan Rakyat ambil alih dan tunjukkan bagaimana kita boleh
urus ekonomi negara dengan lebih baik.
Setiap tahun
kita rakyat menyerahkan RM230-240 billion kepada kerajaan apa macam? Bagaimana
duit kita kerajaan belanjakan? Jika dari 230 blllion itu dikembalikan kepada
rakyat dalam bentuk sabsidi sebanyak RM40 billion , apa yang hendak dibising
dan diungiktkan. Betul jumlah sabsidi itu banyak tapi kenapa ianya jadi
demikian?
Itulah
sebabnya saya katakan dalam sebuah artikel- keberadaan sabsidi ini
menyembunyikan kegagalan kerajaan BN untuk memikirkan dan melaksanakan dasar2
ekonomi yang mengurangkan sabsidi
tersebut. Jika terlalu banyak sabsidi bererti kerajaan gagal memikirkan
dan menjalankan dasar2 yang membaiki keadaan ekonomi. Jika pengurusan ekonomi
baik, sabsidi boleh dikurangkan.
Sabsidi tidak
sama dengan pemberian wang kepada mereka yang tidak berdaya, tua, sakit dan
yang memerlukan bantuan kebajikan masyarakat. Ini pemberian yang mana2 kerajaan
yang perihatin sediakan untuk sebahagan mereka yang benar2 tidak terdaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan