MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata pihak berkuasa masih tidak
bertindak walau isu mendapan landasan, jalan rayap dan tempat letak
pesawat di KLIA2 kini menjadi “lawak antarabangsa”.
Pua berkata, pemilik KLIA2 Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) juga gagal menyerahkan laporan penuh mengenai status operasi lapangan terbang itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC).
Dalam sidang media di bangunanan parlimen hari ini, Pua berkata MAHB diminta berbuat demikian sejak empat minggu lalu.
"Masalah ini telah menjadi lawak antarabangsa. Kita sekarang mahu tahu adakah masalah ini kecil seperti yang didakwa mereka (MAHB)," kata Pua.
Katanya, masalah mendapan itu boleh dilihat melalui satu video menunjukkan pekerja KLIA2 mencedok air dari jalan rayap landasan ke parti kerana permukaan tidak sekata
Video dimuatkan di Youtube itu, yang ditunjukkannya kepada para wartawan, menunjukkan masalah di permukaan berkenaan menyebabkan air bertakung di jalan rayap landasan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan