Selasa, 28 Oktober 2014

Rumah Pena terancam angkara Umno-BN?




Oleh RAYUSA 


PERSATUAN Penulis Nasional Malaysia (Pena) telah membelanjakan banyak wang untuk membaik pulih dan mengubah suai premisnya, Rumah Pena di Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur dari penghujung 2012 hingga pertengahan 2013.

Namun, walaupun sebenarnya belum 100 peratus siap, difahamkan bahawa Rumah Pena yang indah tersergam itu akan tinggal kenangan bila-bila masa sahaja. Kawasan tanah yang turut menempatkan Rumah Gapena (berdekatan dengan Rumah Pena) itu akan dijual oleh kerajaan Umno-BN kepada pemaju.

Banyak pihak telah membida. Antaranya ialah Syed Mokhtar Al-Bukhary yang juga kroni Umno-BN. Seperti dijangka, situasi Rumah Pena yang ‘seperti telur di hujung tanduk’ itu menjadi perbincangan hangat dalam slot perkara berbangkit semasa Mesyuarat Agung Tahunan ke-51 Pena (Mesyuarat Agung - pemilihan Jawatankuasa Pena 2014-2016) di Rumah Pena, 20 September lalu.

Ahli seumur hidup Pena, Dato’ Mohd Noor Yusof atau Dato’ Noor Azam yang membangkitkan persoalan tersebut ketika meminta penjelasan daripada Presiden Pena (yang kemudian dipilih sekali lagi dalam mesyuarat tersebut), Dr Mohamad Saleeh Rahamad.

Bagaimanapun, Saleeh yang juga ahli seumur hidup Pena tidak memberi kepastian. Dia hanya memberitahu Pena pernah menerima tawaran daripada beberapa pemaju, tetapi tiada sebarang kata putus. Saleeh juga mengaku dia tidak tahu di mana dapat mengadakan Mesyuarat Agung Pena pada masa akan datang.

Rumah Pena bakal menjadi sejarah jika langkah tegas untuk mempertahankannya tidak segera diambil. Menurut Rasanubari Asmaramah Baharum (Pemeriksa Kira-kira/ahli seumur hidup Pena), beberapa pucuk surat telah diutus kepada pihak berkenaan mengenai nasib Rumah Pena.

Bagaimanapun, situasi premis berkenaan terus dalam bahaya.

Namun, sama ada Rumah Pena dapat dipertahankan atau tidak, yang dikesali ialah ‘onar’ kerajaan Umno-BN dalam hal berkenaan. Seperti dalam isu PTPTN, hasrat menjual tanah penempatan Rumah Pena juga menjadi sebuah perniagaan bagi rejim tersebut.

Ertinya, tidak kira apa cara perniagaan pun asalkan memperoleh keuntungan. Kalau perlu menjual tanah, itu akan sanggup dilakukan tanpa rasa bersalah.

Adakah kerajaan Umno-BN tidak mempedulikan nasib penulis dan persatuan penulis tanah air? Yang anehnya mereka telah menghulurkan dana peruntukan penulis kepada Pena pada 2012 untuk kelancaran penganjuran aktiviti sepanjang tahun dan pemulihan/ pengubahsuaian premis persatuan itu.

Bagaimanapun, setelah tersergam indah dan gagah, kehebatan imej Rumah Pena itu bakal punah pula. Tentulah ia perkara malang kerana merugikan dan membazir wang rakyat.

Justeru, saranan Noor Azam agar sebuah badan bertindak ditubuhkan untuk menggesa pihak kerajaan Umno-BN memang patut disokong.

Katanya, lakukan apa sahaja yang perlu dan wajar, termasuk berdemonstrasi (walaupun langkah berpiket itu ditentang oleh seorang ahli biasa Pena, Wan Mohd Said Wan Seman @ Seid Mehdi).

Katanya, cara yang berhemah dan mengikut undang-undang tetap akan dilakukan terlebih dahulu.

Jika perlu bertemu dengan Perdana Menteri, itu akan dilakukan. Beliau juga berharap Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim dapat membantu. Jika semua cara yang ‘baik’ gagal, maka berdemonstrasi adalah jalan terakhir.

Oleh kerana soal tersebut begitu penting demi masa depan Rumah Pena, saranan Noor Azam itu terus disetujui sebulat suara.

Badan Bertindak Khas Pena ditubuhkan secara rasmi pada 20 September lalu yang akan mempertahankan Rumah Pena.

Noor Azam turut mencadangkan beberapa individu yang sesuai dan berpengaruh untuk mengetuai dan menganggotai badan tersebut, serta bertemu dengan Dato’ Seri Najib Razak dan Dr Rais.

Bagi saya, antara individu yang sesuai termasuklah Ketua Satu Gapena, Prof Dato’ Wira Dr Abdul Latiff Bakar; Presiden Pena sebelum ini, Sasterawan Negara, Dato’ Baharuddin Zain @ Baha Zain,

Tiada ulasan: