Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
 

PUTRAJAYA - Hari keempat pendengaran rayuan akhir Liwat II, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula jam 9 tadi dengan pihak pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memulakan hujahan balas.

Prosiding hari ini dijangka berlangsung sepanjang hari sebelum berehat jam 12 untuk solat Jumaat.

Muhammad Shafee akan membuat hujahan balas pada sebelah pagi berhubung dakwaan pihak pembelaan bahawa tuduhan liwat terhadap Anwar satu konspirasi.

Hujahan dijangka berlanjutan hingga Isnin ini.

Kelihatan beberapa pemimpin PR hadir mengikuti perbicaraan termasuk Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Pas, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.