MALAYSIAKINI
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Fahmi Zainol
berkata pihaknya tetap akan meneruskan pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim
sekalipun pun beliau tidak berjaya masuk ke kampus itu.
Mahasiswa
itu berkata jika hal demikian berlaku, pemimpin pembangkang itu akan
menyampaikan pidatonya bertajuk '40 Tahun Dari UM Ke Penjara, Signal
Kebangkitan Mahasiswa' di luar pintu pagar utama Kuala Lumpur.
“Di peringkat kami sekiranya tidak boleh, kami tidak akan mengambil tindakan yang radikal. Kita mahasiswa kita bijak menilai.
“Kita akan buat di luar pintu pagar Kuala Lumpur untuk beliau memberi pidato," katanya dalam sidang medianya pagi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan