Datuk
Seri Anwar Ibrahim berborak dan memberi reaksi muka yang ceria kepada
barisan peguam belanya ketika menunggu keretanya untuk pulang sejurus
tamatnya hari pembelaan kes liwatnya di Istana Kehakiman Putrajaya hari
ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
PUTRAJAYA - [VIDEO]
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim puas hati dengan hujah-hujah
yang dikemukakan pasukan peguam bela beliau dalam rayuan kes meliwat
bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar berkata, tidak munasabah untuk mahkamah mensabitkan beliau bersalah terhadap pertuduhan yang didakwanya fitnah jahat dan konspirasi poltik.
Menurutnya, pihak pembelaan yang berhujah sejak hari pertama diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram dan hujahan terakhir oleh Ram Karpal Singh mengemukakan hujahan secara terperinci dan terlalu kukuh.
Sementara itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan akan memulakan hujahannya pagi esok selepas memohon kepada mahkamah agar hujahan ditangguhkan.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Muhammad Shafee berkata, mereka memerlukan lebih masa untuk meneliti hujahan memandangkan banyak hujahan baru dikemukakan pihak pembelaan hanya diterima mereka pada Selasa lalu.
Menurutnya, banyak hujahan dibuat secara tergesa-gesa termasuk pindaan dan petisyen tanpa notis, yang memerlukan pendakwaan.
Hujahan akan dimulakan esok (pagi ini) di mana kami akan menjawab terlebih dahulu isu-isu penting," katanya sambil menambah hujahan balas mungkin mengambil masa hingga Isnin ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan