KUALA LUMPUR: Penambahan 11 kerusi baru Dun Sarawak dilihat bertujuan untuk mengukuhkan kuasa BN di negeri 'fix-deposit' mereka, dakwa Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin.
Beliau mengulas Deraf Rang Undang-Undang Persempadanan Semula Sarawak yang akan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Sarawak November ini yang mencadangkan penambahan bilangan Dun Sarawak dari 71 ke 82 kerusi.
Sim berkata, penambahan 11 kerusi DUN itu memperlihatkan SPR seolah-olah mencadangkan jalan penyelesaian secara aman untuk menghentikan pertembungan politik BN Sarawak dengan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) yang mempunyai sembilan Adun.
"Penambahan 11 kerusi atau 15.5% amatlah drastik dan mengejutkan. Selama ini umum menganggap SPR hanya akan menambah paling banyak 6 kerusi DUN Sarawak,"katanya dalam sidang media.
Beliau meminta SPR menjelaskan rasionalnya penambahan mendadak kerusi-kerusi DUN supaya tidak dilabelkan SPR diperalat BN jika gagal menjawab.
Beliau tidak menolak perbahasan RUU pada 11 hingga 19 November itu akan turut berlaku persempadaan kerusi parlimen malah menjangka enam kerusi parlimen akan ditambah.
Jelasnya, penambahan kerusi akan mengurangkan suara para Adun kerana semakin ramai Adun semakin kurang suara, kuasa dan pengaruh merek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan