Ahad, 26 Oktober 2014

Pengurusan eCONomy yang membebal dan membebankan.

sakmongkol.blogspot




Pengalaman saya dengan orang UMNO yang berkuasa ini ialah mereka rasa mereka melakukan perkara2 yang menyebelahi kepentingan rakyat. Tapi sebenarnya sebaliknya yang berlaku.

Kepentingan yang mereka perjuangkan ialah kepentingan kelompok2 tertentu dan ianya adalah untuk kepentingan mereka sendiri untuk berfikiran demikian. Dengan berfikiran demikian sahaja, dapatlah mereka mensahihkan perlakuan mereka. Hitam jadi putih, salah jadi betul, tidak adil jadi adil.

Inilah punca minda kerajaan tahu yang terbaik untuk kamu. Walaupun PM Najib jerit sana sini mengistiharkan zaman kerajaan lebih tahu yang terbaik untuk kamu sudah berakhir, sebetulnya sebaliknya yang berlaku.  Kita tahu Najib kaki kelentong.

Kerajaan bernafsu buas untuk mengekang kepentingan rakyat.  Semua protes yang legitimate dianggap sebagai hasutan menjatuhkan kerajaan. UMNO tidak sedar bahawa kerajaan yang meraka ada hanya disokong oleh 47% pengundi dalam PRU13. Dikawasan saya, yang dapat 47%, calun MCA tewas.

PTPTN di gambarkan sebagai suatu yang baik. Orang kampong yang berpendapatan rendah menerima gambaran tersebut. Mereka sokong dan ada yang sanggup berdemonstrasi menyokong PTPTN. Banyak sangat kah wang orang Melayu?  Mengapa kita biarkan diri kita diperbodohkan? Tidak kesian kita pada anak2 kita?

 40% golongan bawahan mempunyai pendapatan isi rumah purata sebanyak RM1600. Itu angka purata. Menerima kesahihan angka ini samalah seperti kita menerima jumlah saiz purata sebuah keluarga ialah 3.5 orang. Pernah sesiapa melihat 0.5 orang?

Yang mempunyai pendapatan tidak lebih RM1000 sebulan berjuta jumlah mereka. Sebab itu ada 7 juta rakyat Malaysia layak mendapat BR1M. jumlah yang layak saya rasa sepatutnya 11 juta orang.

 Tapi mereka tidak fikir bahawa anak2 mereka, ramai yang jadi graduan tapi tidak mendapat kerja yang diimpikan, akan berhutang dan mungkin akan bengkrap. Kitaran membengkrapkan akan berulang. Yang tak dapat kerja memerlukan proses memahirkan diri lagi, masuk pusat latihan, kena bayar lagi, kena ambil PTPTN. Hutang bertambah.

Kita membiarkan kebaradaan jenerasi yang berhutang dan kita lupa bahawa ini angkara durjana sebuah kerajaan yang korap dan rasuah dan menyalah guna kuasa.

Kerajaan mengeksploitasi mimpi ibu bapa dan impian anak muda. Wahai anak muda- dalam PRU14 nanti ada 7 juta jumlah kamu- tendang keluar kerajaan bangsawan yang ada sekarang, kembalikan kuasa rakyat. Sokong kemunculan kerajaan yang baru.

Dahulu apabila saman AES dikenalkan, ada kelompok Melayu yang sanggup berdemonstrasi mempertahankan pengenaan saman AES sedangkan orang Melayu yang memiiki kereta bukan semua kaya. Kereta adalah suatu keperluan sekarang. Tapi mereka mempertahankan kenaan saman tersebut yang mengayakan syarikat yang membuat cadangan. hari ini kita tahu, kamera tak seberapa yang dipasang tapi kerajaan bayar RM700 juta dan kena bayar ganti pula kerena memberhentikan projek curi wang rakyat tersebut.

Kegilaan tambah berleluasa. Tidak salah mencadangkan memilhara ikan sturgeon dalam hutan Jerantut walaupun ianya akan menyebabkan balak RM60-70 juta akan disapu habis. Bagaimana pemegang kuasa dalam negeri saya Pahang boleh menjustifikasikan projek ini yang dari segi common sense, akan gagal dari mula lagi. Hutan dan bukit akan gondol.

Sabsidi minyak dibayar oleh kerajaan bukanlah suatu perkara yang menakjubkan. Tapi tiap kali dalam parlimen, sahabat saya Ahmad Maslan, AP Pontian akan ungkit2 perkara ini.

Ini bukti kerajaan perihatin dan pro rakyat. Banyak ni, kata nya.

Kerajaan pulang kepada kita RM40,000 juta setahun. Ini jumlah yang besar. Jika pendapatan negara ialah sebanyal RM1.3 trillion jumlah sabsidi ialah 3% dari KDNK. Tapi banyak mana kita serahkan kepada kerajaan tahun demi tahun? 10 tahun kebelakang ini, kita serah kepada kerajaan 230,000 juta. Kita beri kerajaan hampir 6 kali ganda daripada apa yang kerajaan beri kepada kita dalam bentuk sabsidi. Jadi, apa yang hendak di ungkit? 40,000 juta sebahagian kecil dari 230,000 juta.

Dalam parlimen kita bukan datang untuk berceramah. Bajet ialah pembentangan keluar masuk wang. Semua perbelanjaan yang kerajaan cadang untuk 2015 datang dari rakyat. Kerajaan BN mesti bersyukur kerana rakyat membayar cukai yang menjadi hasil kerajaan. Yang patut bersyukur lebih ialah kerajaan bukan rakyat.

Sabsidi minyak naik dari RM1.65 billion dalam tahun 2002 kepada RM23 billion tahun 2013. Kenapa? Tidak ada misteri dan tidak perlu disorakkan. Jawapan nya sudah diberi- jumlah kereta bertambah. Orang pun bertambah. Jadi penggunaan petrol, disel dan gas pun bertambah. Apa yang ek sangat hendak dislogankan bayaran sabsidi petrol dan gas?

Ramai yang mengguna kreta dan kenderaaan. Kerana itu, maka penggunaan petrol, disel pun bertambah. Orang yang menggunakan gas pun bertambah. Jadi sabsidi bertambah.

Jika kenderaan awam baik dan mantap mungkin penggunaan kenderaaan peribadi berkurang. Jika petrol naik, dan kerajaan meliberalkan import kreta, kereta yang efisen minyak akan ditambah.  Jika harga kreta murah, kenaikan petrol tidak dirasa teruk sangat.

Penyokong UMNO gembira bila dengar Ahmad Maslan mengulangi kenyataan bahawa kerajaan ini baik hati- setiap tahun belanja RM40 billion untuk sabsidi. Macam2 ada. Sabsidi minyak, dan LPG sahaja RM21billion. mana nak cari kerajaan sebaik hati? Sampai naik loya tekak kita mendengar ulang tayang cerita lama ini.

Semua orang kena bersyukur sebab mana ada kerajaan yang belanja sebanyak itu untuk rakyat. Rakyat atau kerajaan yang patut bersyukur?

Yelah- orang UMNO yang kurang cerdik semua angguk ya seolah2 wang tersebut UMNO yang punya. Atau kerajaan yang dikuasai UMNO yang punya. Fakta nya ialah,, kerajaan tidak ada wang. Wang yang ia ada semua datang dari hasil cukai dan hasil bukan cukai yang di kutip dari rakyat semua. Yang mereka belanja itu, dalam bahasa yang mudah, bukan bapak mereka yang punya.

Tujuan sabsidi ialah mengurangkan harga sesuatu barang supaya meringankan beban rakyat. kerajaan belanja RM20-21 billion setiap tahun keatas sabsidi RON95, disel dan LPG. Juga untuk mengurangkan harga meringankan beban rakyat yang sussah.

Soalaan: adakah membantu rakyat susah menjadi susah kepada kerajaan? Kalau rasa susah sangat, undur biar Pakatan Rakyat ambil alih dan tunjukkan bagaimana kita boleh urus ekonomi negara dengan lebih baik.

Setiap tahun kita rakyat menyerahkan RM230-240 billion kepada kerajaan apa macam? Bagaimana duit kita kerajaan belanjakan? Jika dari 230 blllion itu dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk sabsidi sebanyak RM40 billion , apa yang hendak dibising dan diungiktkan. Betul jumlah sabsidi itu banyak tapi kenapa ianya jadi demikian?

Itulah sebabnya saya katakan dalam sebuah artikel- keberadaan sabsidi ini menyembunyikan kegagalan kerajaan BN untuk memikirkan dan melaksanakan dasar2 ekonomi yang mengurangkan sabsidi  tersebut. Jika terlalu banyak sabsidi bererti kerajaan gagal memikirkan dan menjalankan dasar2 yang membaiki keadaan ekonomi. Jika pengurusan ekonomi baik, sabsidi boleh dikurangkan.

Sabsidi tidak sama dengan pemberian wang kepada mereka yang tidak berdaya, tua, sakit dan yang memerlukan bantuan kebajikan masyarakat. Ini pemberian yang mana2 kerajaan yang perihatin sediakan untuk sebahagan mereka yang benar2 tidak terdaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.