MALAYSIAKINI
Jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari
Januari sehingga 18 Oktober tahun ini meningkat sebanyak 212 peratus
kepada 82,738 kes berbanding 26,527 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang
sama pada tahun lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kumulatif
kematian sehingga 18 Oktober ialah sebanyak 157 berbanding 59 bagi
tempoh yang sama tahun lepas.
Hasil pemantauan kementerian dari Januari sehingga 11 Oktober, sebanyak
3.99 juta premis telah diperiksa di seluruh negara dan 13,013 kompaun
dikeluarkan bernilai melebihi RM6 juta.
Mengenai perkembangan kes denggi berdasarkan mingguan pula, beliau
berkata terdapat peningkatan sebanyak 19 peratus dalam tempoh tujuh hari
dari 12 Oktober hingga 18 Oktober dengan 2,160 kes dilaporkan kes
berbanding 1,822 kes pada minggu
sebelumnya.
Katanya, terdapat 10 negeri telah mengalami peningkatan kes demam denggi
dalam tempoh berkenaan iaitu Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Putrajaya, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Kelantan,
Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan