Oleh Shuhainiza Said
BANGSAR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Universiti Malaya (UM), beberapa minit selepas pagar utama institusi itu tumbang dirempuh gerombolan mahasiswa.
Terdahulu, gerombolan mahasiswa itu bersorak gembira apabila berjaya menumbangkan pagar utama UM sekaligus membolosi kawalan keselamatan di perkarangan UM.
Pasukan keselamatan UM dilihat langsung tidak berkompromi dengan
tuntutan mahasiswa walaupun diprovok mahasiswa yang berhimpun sejak
Maghrib tadi.
Terdahulu, pihak keselamatan berjaya memujuk beberapa mahasiswa yang enggan keluar daripada perkarangan kampus UM.
Kawalan keselamatan UM juga dilihat amat ketat sehingga menyukarkan
usaha mahasiswa itu melepasi pagar utama institut pengajian tinggi awam
(IPTA) itu.
Turut kelihatan ADUN Kuala Sepetang Chua Yee Ling, ADUN Rawang Gan Pei Nie, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shahrin, aktivis siswa Safwan Anang dan pensyarah Dr Azmi Sharom sebagai pemantau.
Tinjauan wartawan Antarapos mendapati
jalan menghala ke Bangsar sesak teruk akibat kenderaan peserta yang
hadir pada Pidato Anwar Ibrahim, '40 Tahun Daripada Ke Penjara',
diletakkan di sepanjang bahu jalan di luar kampus itu.
Pidato ini adalah yang terakhir bagi Ketua Umum PKR itu, sekiranya
Mahkamah Persekutuan pada Rabu memutuskan beliau bersalah meliwat bekas
pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan